Thursday, May 12, 2011

asam pedas ikan kembong

assalamualaikum semua...salam 1malaysia.Jam skrg sudah menunjukkan pukul 11.53mlm.Ayu baru sempat buka blog masakan ayu.Jadi dibawah ini ada ayu masukkan menu makan tengah hari berserta resepi..Selalunyer asam pedas ini amat popular di negeri johor darul takzim tetapi  daerah yg paling tersohor dengan hidangan asam pedas ini adalah Muar.Acap kali di restaurant kebanyakkan diorang akan tulis asam pedas muar..ayu pon xlah pandai pon masak asam pedas ni tetapi mak ayu mmg pandai masak mcm orang muar masak walaupun dia orang perlis.hehehe .Nak tau sebab ape abah ayu adalah anak jati muar.dia yg ajar mak serba sedikit hihi..ok lah kalu rakan2 yang lain mahu mencubanyer silalah meneliti resepi di bawah.sekian...
asam pedas muar...

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 ekor ikan (boleh guna ikan kembong,ikn merah,ikn pari,ayam,daging)
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan sedikit gula (atau serbuk perasa)
1 cawan cili kisar
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum(guna daun kesum pon bole mcm saye)
4 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci lengkuas*
1 / 2 inci belacan * ( * dikisar halus )

CARA MEMBUATNYA :-)
Ikan dibuang sisik, siang dan bersihkan. Perap dengan jus limau kasturi @asam jawa dan garam. Perap 10 minit, cuci kembali dan toskan.
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masuk cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Tuang air, kacau dan biar mendidih.
Masukkan ikan, tuang jus asam jawa dan masukkan bunga kantan,daun kesum. Biar mendidih perlahan. Perasa dengan garam secukupnya dan sedikit gula serta serbuk perasa, jika guna. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih..walahh=)

sambal belacan bersama ulam raja...


menu tengahari

No comments:

Post a Comment