Monday, May 23, 2011

topping coklat/ganache

bahan-bahan : untuk kek saiz kecil
  • 100 g coklat masak (dipotong kecil2)
  • 125 ml susu segar/susu perisa coklat
  • 50 g butter (dipotong kecil2)
  • 4 sb madu (boleh juga digantikan dgn gula perang atau gula biasa)
Cara-cara : Satukan kesemua bahan di dlm periuk/saucepan, dan masak dgn api perlahan. Gunakan kaedah double boil. Kacau sehingga kelihatan pekat. Tutupkan api, dan kacau lagi sebati. Setelah agak suam sedikit, bolehlah dicurahkan ke atas kek tadi (pastikan kek tu sejuk terlebih dahulu). Selamat mencuba!


petua memasak pulut kuning

1. Rendamkn pulut smlmn agar elok kembangnya. Cmprkn beberapa keping asm gelugur ato air kelapa, agar pulut kelihatan bkilat stlh dmasak.

2. Utk mgelak pulut cpt basi, perah santan mggunakn air suam. Kemudian panaskn santan dgn garam. Tetapi jgn smpi mdidih.

3. Didih kukusan tlebih dahulu. Utk mdptkn pulut yg wangi, siat2kn daun pandan sblm tanak ato mgukus.

4. Gaulkan santan dgn pulut ketika pulut msh panas, agar tdk mlekat.

Sunday, May 22, 2011

cek mek molek


hai rakan-rakan sekalian.Ini adalah kuih cek mek molek .Ayu telah berlajar dari ibu mertuaku yang kadang-kadang rajin buat kuih ini sangat simple sahaje kuih ini..cuma ayu xberape kreatif menguli kecil-kecil.hahaha jadi ini lah hasil cek mek molek ku yang kebabooommmm.Inti di dalam nye adalah air gula(manisan).Di bawah ini ayu sertakan resepinyer....

bahan-bahan
500 gm keledek
125gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam
gula 
minyah masak

cara-cara
  • rebuskan ubi keledek sehingga lembut bersama dengan sedikit garam
  • selepas itu lenyekkan keledek
  • campurkan dengan tepung gandum sehingga menjadi doh
  • kemudian bentukan bujur dan masukan gula ditengahnya dan bentukan memanjang supaya ia nmpak bujur
  • panaskan minyak masak dalam kuali
  • goreng sehingga kekuningan



Saturday, May 21, 2011

butter prawn

daun kari xde hihihi..nampak xmenarikkan


Bhn2nya..
15 ekor udang besar - cuci - toskn - gaul dgn srbk kunyit n garam
1/3 cwn minyak
5 btg cili api - dhiris
5 tangkai daun kari
1/4 cwn minyak
1/4 cwn butter
4 bj telur kuning - dpukul

Cara2nya..
1. Pnskn minyak 1/3 cwn, goreng udang hingga masak. Masukkn cili api n daun kari trus gaul sebati n angkat.
2. Pnskn minyak 1/4 cwn pulak, masukkn butter n biarkn butter cair, biarkn minyak n butter btol2 panas.
3. Tuang telor kuning dlm bekas acuan roti jala, tutup api, n trus tuang sambil pusing2 ke ats minyak pns td.
4. Toskn telur td n masukkn dlm udang n gaul sbati n hdgkn.


gulai ikan nyok-nyok

salam ceria semmmuuuuuuuuaaa...today korang tak kemana-mana ke?maklumlah cuti dihujung minngu bawa keluarga makan angin diluar.ohh ya menua ape juadah tengah hari rakan semua untuk hari ni???wah mesti macam-macamkan..ayu  buat gulai ikan nyok-nyok..tapi stok tomato,daun kari my hubby xbeli ..jadi gulai ayu jadi koboi ari ni,Anyway ayu sertakan resepi lengkap khas utk masak gulai ikan nyok-nyok..selamat mencuba




Bhn2..
3 ketol ikan nyok-nyok - rendam dgn air asam jawa- cuci - toskn
6 sdb rempah kari ikan + 1/2 cwn air - gaulkn
200 ml santan kotak
200 ml air
Garam n gula scukupnya
2 keping asam gelugor
1 sdb bj sawi
10 bj bendi
2 bj cili besar merah - belah dua
1 bj tomato - belah empat
4 tangkai daun kari

Bhn2 kisar..
1 bj bwg besar merah
3 ulas bwg putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup
1 cm belacan
2 tangkai daun kari
10 bj cili kering - potong - rendam air pns - toskn

Cara2nya..
1. Tumis bhn2 kisar shingga naik bau.
2. Masukkn rempah kari yg dgaul bsama air, biar masak garing.
3. Masukkn santan n air, biarkn mdidih dlm 10 mnt, br masukkn garam n gula scukupnya.
4. Masukkn ikan, asam gelugor, bj sawi, bendi, cili merah, tomato n daun kari, biarkn mereneh selama 10 mnt ato shingga ikan masak. Siap dhdgkn.


Thursday, May 12, 2011

ayam goreng berempah...

resepi by pautan kasih
Bahan:
  • 1/2 ekor ayam ~ dipotong
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 in kunyit hidup
  • sedikit garam kasar
  • 3 btg serai ~ dihiris
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besar cili mesin
  • sedikit perahan limau nipis/kasturi
  • 2 - 3 sudu air
  • 1 tangkai daun kari
  • minyak utk menggoreng
Cara:
  1. Tumbuk bawang putih, kunyit hidup dan garam hingga lumat.
  2. Masukkan serai dan tumbuk lagi (tak perlu lumat sekadar melembutkan serai jer)
  3. Gaulkan bahan tumbuk dgn serbuk kari, cili mesin, perahan limau, air dan daun kari hingga menjadi paste.
  4. Masukkan ayam dan gaul hingga sebati.
  5. Perap sekurang2nya 1/2 jam
  6. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak/garing.
  7. Angkat, toskan dan boleh lah dihidangkan panas2.

keinginan menikmati





asam pedas ikan kembong

assalamualaikum semua...salam 1malaysia.Jam skrg sudah menunjukkan pukul 11.53mlm.Ayu baru sempat buka blog masakan ayu.Jadi dibawah ini ada ayu masukkan menu makan tengah hari berserta resepi..Selalunyer asam pedas ini amat popular di negeri johor darul takzim tetapi  daerah yg paling tersohor dengan hidangan asam pedas ini adalah Muar.Acap kali di restaurant kebanyakkan diorang akan tulis asam pedas muar..ayu pon xlah pandai pon masak asam pedas ni tetapi mak ayu mmg pandai masak mcm orang muar masak walaupun dia orang perlis.hehehe .Nak tau sebab ape abah ayu adalah anak jati muar.dia yg ajar mak serba sedikit hihi..ok lah kalu rakan2 yang lain mahu mencubanyer silalah meneliti resepi di bawah.sekian...
asam pedas muar...

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 ekor ikan (boleh guna ikan kembong,ikn merah,ikn pari,ayam,daging)
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan sedikit gula (atau serbuk perasa)
1 cawan cili kisar
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum(guna daun kesum pon bole mcm saye)
4 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci lengkuas*
1 / 2 inci belacan * ( * dikisar halus )

CARA MEMBUATNYA :-)
Ikan dibuang sisik, siang dan bersihkan. Perap dengan jus limau kasturi @asam jawa dan garam. Perap 10 minit, cuci kembali dan toskan.
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masuk cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Tuang air, kacau dan biar mendidih.
Masukkan ikan, tuang jus asam jawa dan masukkan bunga kantan,daun kesum. Biar mendidih perlahan. Perasa dengan garam secukupnya dan sedikit gula serta serbuk perasa, jika guna. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih..walahh=)

sambal belacan bersama ulam raja...


menu tengahari

Wednesday, May 11, 2011


UDANG MASAK LEMAK KUNING

BHN KISAR:

1 biji bawang besar
1/2 labu bawang putih
2 urat jari halia

1 urat jari kunyit hidup

BHN LAIN:
1 Pinggan udang-di basuh dgn air asam jawa
beberapa keping asam keping
sedikit santan
garam dan perasa secukupnye
air secukopnye

CARA:
tumis bhn kisa ->garing dan naik bau
kemudian masukkan sume bhn lain dan didihkan
sentiasa dkacau

ayam masak lemak cili padi



AYAM MASAK LEMAK CILI PADI

BHN KISAR:

1 biji bawang besar
1/2 labu bawang putih
2 urat jari halia
cili padi hijau secukupnye
1 urat jari kunyit hidup

BHN LAIN:
2 helai daun kunyit
1 ekor ayam-dgoreng garam kunyit-ketepikan
2 btg serai -dtitik
beberapa keping asam keping
sedikit santan
garam dan perasa secukupnye
air secukopnye

CARA:
tumis bhn kisar bersama serai ->garing dan naik bau
kemudian masukkan sume bhn lain dan didihkan hgga ayam lembut
sentiasa dkacau 

sekadar berkongsi...

GULAI IKAN MAMAK

BHN REMPAH:
5 sudu mkn rempah kari ikan
5 sudu mkn serbuk ketumbar
3 sudu mkn serbuk cili
3 sudu mkn serbuk jintan putih
2 sudu mkn serbuk kunyit
1 sudu mkn serbuk jintan manis
-----bancuh sume rempah2 ni dgn air...kacau hgga sume rempah larut dan sebati

BHN TUMIS:
5 biji bawang kecil-dmayang
1 sudu mkn halba campur
2 tangkai daun kari
2 tangkai cili basah hijau

BHN KISAR:
1 biji bawang besar
1/2 labu bawang putih
1 urat jari halia

BHN LAIN:
bendi
2 tangkai cili basah hijau-dbelah 2
2 biji tomato-dbelah 4/nk cantik,boh tomato ceri ye
asam jawa sebesar biji limau nipis
garam secukup rasa
2 tangkai daun kari
2 liter air

BHN PERAP IKAN:
1 ekor ikan potong/ikan ketul(sy guna ikan kerachi)-dcuci bersih dan toskan
1-2 biji tomato (yg btul2 masak ranum)
asam jawa sebesar limau nipis

CARA:
perapkan ikan
bancuh bhn rempah
panaskn minyak,tumis bhn tumis dan skali goreng bendi-bendi sedikit layu dan angkat.ketepikan bendi
masukkan bhn kisar
tumis hgga pecah minyak
masukkan rempah yg telah dbancuh td-kacau hgga pecah minyak
masukkan air,didihkan
bile dh mendidih,masukkan sume bhn lain serta bendi td
kacau sebati,bile dh cukup rasenye,bru ikan td dimasukkan TANPA bilas dgn air bhn perapan td.kacau perlahan2.bile ikan dh masak,padamkan api,dan sedia dhidang

**tumis dgn api sederhana perlahan...lg2 bile dh masuk rempah,api kene kecik...utk elak rempah hangus...

selamat mencube...
17hb Januari ·  · 

Sambal Tumis lemak manis pecah telur

By erdayuhomemade.blogspot.com


SAMBAL TUMIS LEMAK MANIS PECAH TELUR


BHN:

1 biji bawang besar-dihiris

minyak menumis
asam jawa(adabi)/air asam jawa biase
garam
ajinomoto(jika suka)
air secukopnye
4-5 biji telur
2 sudu mkn kicap lemak manis
gula secukopnye



BHN KISAR 1:

1 biji bawang besar

4-5 ulas bawang putih



BHN KISAR 2:

cili kering+ 3 tangkai cili basah merah(ikot suke ati la ye)



CARA:

tumis bawang hiris->separa layu

kemudian masukkan bhn kisar 1,tumis ->naik bau dan sedikit garing
masukkan bhn kisar 2,tumis ->pecah minyak
masukkan gula secukop rase
masukkan air asam jawa+ air+kicap lemak manis+garam
didihkan..
kemudian bile sume rasa dh ok,perlahankan api,bru pecahkan telor
kemudian,sederhanakan api semula...masak telur ikot citarasa...(half cook..bole)
ingt ye...jgn dkacau2...biar renih...
sedia dihidang...selamat mencuba

besday arif darwish

Hai semua,assalamualaikum...minggu lepas pada 04/05/2011 saya bersama suami telah menyambut party besday anak lelaki ayu yang telah menjangkau usia setahun.Walaupun secara kecil-kecilan sambutannyer alhamdullilah kami buat khas untuk anak mama yang comey. Insyaallah akan datang anak mama dh besar, pandai sikit dan ada rezeki kita buat jamuan ye panggil jiran dan sedara mara.

kek coklat buat Muhammad Arif Dawish



epy sangat....

Ini adalah kek pemberian dari uncle bijon dengan cik Ain.teme kasih....sedap aiskrim ais ni..



Mama dan abah sayang sangat2 dekat buah hati kami ni.Buat anak mama Muhammad Arif Darwish semoga sihat selalu,dimurahkan rezeki ,dikurniakan daya ingatan yang bagus serta  cerdik,cintakan Agama ALLAH ,menjadi anak yang baik serta dipermudahkan ape yang dicitakan.amin...


harum manis


Musim buah pelam harum manis sudah kembali...buah ini terkenal di utara semenanjung iaitu di negeri Perlis Indera Kayangan.buahnya sangatla manis..Harganye sekitar rm9-rm12 sekilogram.



selamat menjamu mata=)

nasi serai


NASI SERAI BERSAMA AYAM GORENG BERSOS TIRAM DAN SAMBAL TUMIS

BY erdayuhomemade.blogspot.com
AYAM GORENG BERSOS TIRAM

BHN :
Beberapa ketul ayam-ayam diperap dengan garam,kunyit,lada putih dan
3sudu makan sos tiram

cara:
Ayam diperap tadi digoreng dengan api yg sederhana sehingga masak



NASI SERAI

BHN KISAR:
2 urat jari lengkuas
2 urat jari halia muda
1 biji bawang besar merah
5 ulas bawang putih

BHN LAIN:
1/2 kg beras
2 sudu mkn planta/marjerin
5 batang serai
air panas mendidih secukupnye(1 pot beras=1.5 pot air)
garam
perasa jika suka

CARA:
cairkan mentega dlm periuk nasi
kemudian,tumis bhn kisar hgga betul2 kering(sbb,sukatan air utk beras mesti kene tepat,so,perlu utk bhn tumis ni kering)
kemudian masukkan beras dan kacau seminit
then masukkan air panas,serai,garam,perasa dan beras
kacau rata
tanak seperti biasa

*jgn dikacau selalu ye...kacau bile dh kering...kacau menggunakan pengacau nasi supaya nasi x patah...
serai x perlu dititik or diketuk...

sedia dhidang...

selamat mencuba=)