Monday, July 25, 2011

~hotel casavila,taiping


assalamualaikum..

hai ...semalam dalam kul 7mlm km sekeluarga bergegas ke taiping kerna hubby ayu kena inspection di daerah  taiping dan kamunting..jadi hubby bawa km berdua sekali.best sgt dpt berjalan2 dan mencuba byk hotel tp xla 5star hotel cukupla hotel bajet hihihi. ayu masih full housewife so kemana saje ayu bole ikut..hehe.jadi memendekkan cerita kami check in di hotel casavila ini dgn pricenyer rm75 semlm..dibawah ni keadaan ruang bilik.km berada disini 2hari 2mlm


pandangan depan

ruang bilik

model sambilan...


Wednesday, July 20, 2011

Nurul huda abd wahab

~assalamualaikum~

salam ceria dan salam 1malaysia...kali ni ayu nk kongsikan gambar kawan lama ayu..kami jumpa di sek keb perempuan bandar,kluangjohor.dia adalah pn nurul huda abd wahab...skrg dia adalah seorg guru di johor baru..dia lah kawan baik ku,byk memberi nasihat dan tunjuk ajar..walaupun berjauhan km tetap berutus surat..skrg telah mempunyai keluaga dan seorg ank lelaki..






Rosmahan che rosli


~assalamualaikum~

Ayu arini nk cete berkenaan kawan ayu yang baru temui melalui fb ni..so ade kelebihan jugalah kite berfacebook ni..ayu kenal dgn kak Rosmahan ni sawaktu kami sekelurga tinggal di perumahan tentera di Taman keluang barat,kluang,johor..keluarga k.ros ni merupakan jiran ayu..kalu tak silap ayu waktu tuayu darjah 5 dah akak darjah 6..kami selalulah juga bermain bersama ..kemudian kami kena posting ke kedah..jd lose contact...awal tahun ni baru ayu terjumpa fb k.ros lalu km sambung semula ikatan perkenalan..nk jd cerita ujung bln 5 dia kawen..so ayu ngn family pergi memeriahkan kendurinyer..lagi pon nk jumpa cik yan juga..lama xjumpa..di bawah ini adalah gambar tangkap bersama pengantin..




bersama raja sehari...=)

~arif tolong mama~


~assalamualaikum~

bertemu kembali...ari ni ayu nk bercerita tentang anak ayu yang sorang ni...sekarang umurnyer dh menginjak ke 14 bulan..aduhai bermacam kerenah arif sekarang..aktif sangat..alhamdullilah sihat payah mendapat demam..sekarang arif suka sangat meniru dan melihat gaya orang dewasa..jadinyer dia suke menolong ayu di dapur dan mengemas rumah..rajinkan anak teruna ayu..hehehe tapi mengemasnyer adelah menyepahkan balik barang yang mama dan abahnyer kemaskan..lihat sahajalah gamba di bawah sebagai bukti arif suka buat kerja rumah..harap bila besar nanti anak mama rajin ye menolong mama dan abah..



arif sedang menyapu sampah di halaman rumah



arif sedang menyiram pokok bunga di waktu petang



arif sedang menumbuk bawang  untuk dibuat tumis sayur



arif sedang mesin cabai kering

Monday, July 18, 2011

~cadangan juadah utk jualan ramadhan~

~assalamualaikum~

tinggal lebih kurang 2minggu lagi umat islam akan menyambut bulan puase..moga kite semua dapat menjalankan ibadat puase dengan sebaiknyer dan menambahkan pahala yang banyak utk tahun ni..di sabalik ramadhan dan hari raya akan menjelang ini bagi golongan yang berniaga mengambil peluang menambah rezeki masing2..ada yang membuat persediaan membuat kuih raya dgn seawal mungkin supaya kuih2 dpt disiapkan pada masa yang telah ditetapkan...begitu juga yg berniaga di pasar ramadhan pasti menyediakan perkakas dan ramuan ..mesti meriahkan..berbagai juadah kuih,lauk ,nasi,air ,agar/puding dan berbagai lagilah..pasti akan terliur dan perasaan akan mebuak2 nk rasa yg itu yg ini,semua org akan jd rambang mata..

begitu juga dgn diriku,ramadhan kali ini aku turut akan menjual kek di hadapan tamanku..harap2 kek ku mendapat sambutan..antara cadangan kek yang akan ku sediakan ialah


  1. kek batik
  2. kek kukus jagung
  3. kek marble
  4. kek lorek@kek swirl
  5. kek kukus hawflakes strawbwrry
  6. kek karemel
  7. kek kukus hujan panas
  8. roti tuna
  9. donut pelbagai corak..
harap impianaku utk menjalankan perniagaan akan berjalan dgn lancar sehingga habis ramadhan ..amin mudahan kesihatan dn arif xbyk meragam..

Saturday, July 16, 2011

~durian gopeng~bersama pulut durian bersantan


~assalamualaikum~

tengah hari tadi dlm perjalanan kami ke tesco seksyen18 ,ipoh..incit suami terlihat kedai menjual buah-buah termasuklah raja segala buah iaitu durian..so mulalah keinginan nya iaitu teringin mkn pulut durian..jadi incit suami suh ayu buatkan utk menu petang ni..kami pergi dulu mencari brg di tesco balik baru singgah di kedai buah tadi..almaklumlah nnt satu tesco bau durian hahaha gimik ja lebih..bukan byk pun beli sekadar menghilangkan keinginan suami ku dan ayu juga hehe..tempoh hari balik kpg pon km puas mkn pulut durian n durian yang dibeli oleh abah mentuaku di dusun kwnnyer..emmm walah memg sedap isi kuning ooo..ngan ulasnyer besar2 lah juga almaklumlah ambil dr dusun buah fresh tu hehehe kasi bakar hati anda hehehe..ape pon lihatlah hasil pulut yang ayu sediakan utk jamuan petang tadi 16/7/2011







~nasi ayam ipoh~

~assalamualaikum~

menu kesukaanku..Nasi ayam berempah adabi....






~dalam kenangan bersama atok rahmat~


~assalamualaikum~

Tanggal pagi jumaat 15/07/2011 kami dikejutkan dengan permergian atok rahmat dgn nama sebenar hj rahmat bin melan.Atok ku disebelah abah di muar,johor..namun kami sekeluarga tak dpt menghadiri pengkebumian allahyarham atok rahmat..namun abah ku bersama adik ku mewakili km sekelurga..dengan pemergiannya pada hari jumaat yg penuh barakah dan penghulu segala hari moga roh atok rahmat ditempatkan dikalangan org2 yang beriman...cucumu walaupun jauh setiap hari dlm solat memanjatkan doa diberikan kesihatan yg baik semasa hayatnya dan sekarang cucumu akan memohon doa moga atok disana dicucuri rahmat..AL-FATIHAH






Tuesday, July 12, 2011

doa melembutkan hati


Makna ayat 4 Surah Yusof:
(Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya:
"Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan dan melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".


Ulang 3x pada "lii saajidin "....

Ayat ni kita boleh amalkan waktu nak interview or nak buat presentation...Semoga orang yang mendengar tu akan lembut hati...InsyaAllah...

Monday, July 11, 2011

Doa antara dua sujud

.Mari Sama2 Hayati......

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.....

aku terbaca dlm blog sesorg ,kepada insan itu mohon keizinan berkongsi ilmu ini di dalam blogku..teme kasih.Jom kongsi erti bacaan doa semasa duduk antara dua sujud....Mari lah bersama kita menghayatinya....Semoga solat kita akan lebih khusyuk dan dapat membersihkan segala penyakit hati yang mungkin ada terselit dalam diri, tanpa kita sedari...aminnnnn.....



* Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah.....

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka
diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air
hujan ketika kita masih kecil......

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima keampunan Allah.....

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan....

Kemudian sampaikanlah permintaan kedua.....

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya...

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima....

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup.....

Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)


Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita...Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu dari Allah SWT, disebabkan tidak memahami erti doa yang kita panjatkan....

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain
(Hadis riwayat Al-Qudhi)

solat dhuha

"Ilmu tanpa Amal ibarat pohon tiada berbuah"

Dhuha Solat sunat .....

Assalamualaikum & salam sejahtera ... Post kali ni aku nak share tentang Solat Sunat Dhuha .... Solat sunat dhuha bermula kira-kira 20 minit selepas terbitnya matahari dan berakhir sebelum menjelang waktu Zohor. Sekurang-kurangnya solat dhuha ini di lakukan dua rakaat dan boleh di lakukan 4 atau 6 rakaat.

Lafaz n terindah terutama solat dhuha
"Sahaja aku solat sunat dhuha, dua rakaat tunai kerana Allah taala".
Doa selepas solat sunat dhuha
Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha itu adalah waktu dhuhaMu,
Kecantikan itu ialah kecantikanMu,
Keindahan itu ialah keindahanMu,
kekuatan itu ialah kekuatanMu,
Kekuasaan itu ialah kekuasaanMu,
dan perlindungan itu ialah perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,
Jika ada di dalam bumi, keluarkan lah,
Jika sukar, mudahkanlah,
Jika haram sucikanlah,
Jika masih jauh, dekatkanlah,
Berkat waktu dhuhaMu,
KeagunganMu, KeindahanMu, kekuatanMu, dan KekuasaanMu,
Limpahkan lah kami,
apa yang telah Engkau lmpahkan kepada hamba-hambaMu yang Soleh..
Amin ... Ya Rabba Alamia
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
'Siapa sahaja yang dapat mengerjakan solat dhuha dengan istiqamah,
akan diampuni dosanya oleh Allah,
sekalipun dosa itu seluas lautan.'
Rasulullah bersabda lagi:
'Solat dhuha itu medatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan),
dan tidak ada yang akan memelihara solat dhuha kecuali orang-orang yang bertaubat '.
SAMPAIKANLAH WALAU SATU AYAT .....

doa pelindung

Doa pelindung diri...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Hari ni aku nak kongsi dgn pembaca semua doa pelindung diri...
kalau korang baca Al-Ma'thurat korang akan perasan ayat ni...

Sebenarnya ayat ni  bole di bacakalau nak keluar rumah,
tido, atau buat perkara yang was2 baca ayat ni....jom kita baca dan amalkan.....


Daripada Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Syeikh Syuaib : Hasan, Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya"

Petua Amalan:
  1. Doa ini dibaca 3 kali di waktu pagi, insya-Allah sepanjang siang Allah s.w.t. selamatkan daripada sebarang kemudaratan. Jika dibaca 3 kali di waktu maghrib, insya-Allah sepanjang malam Allah s.w.t. selamatkan daripada sebarang kemudaratan.
  2. Bila hendak pergi ke suatu tempat yang berisiko/merbahaya, tempat kerja, bermusafir, balik kampong, hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini 7 kali.
  3. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga 7 kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.
  4. Lazimkan juga membaca surah al-Fatihah & ayat Kursi setiap kali selepas solat 5 waktu.

Thursday, July 7, 2011

Logi Nuklear Di Jepun Meletup Akibat Gempa Bumi



Logi Nuklear Fkushima Daici meletup akibat gempa bumi.

Satu letupan dan kebimbangan mengenai peleburan satu daripada loji nuklear Jepun mendedahkan skala bencana yang dihadapi negara itu selepas gempa bumi dan tsunami menyebabkan lebih kira-kira 1,000 orang dikhuatiri terbunuh.
Asap tebal kelihatan berkepul-kepul di loji nuklear Fukushimam No 1 kira-kira 250 kilometer ke timur laut Tokyo selepas letupan di loji berkenaan memusnahkan tembok dan bumbungnya.
Letupan itu  menyebabkan beberapa pekerja cedera. Kerajaan Jepun mengesahkan letupan itu dan pembocoran radiasi serta berkata, ia akan menyiasat punca letupan itu.
 Sesium radioaktif dikesan berhampiran kawasan itu dan kegiatan radioaktif meningkat 20 kali ganda di luar.
“Loji itu mungkin mengalami proses peleburan,” lapor agensi berita Kyodo dan Jiji sebelum letupan berlaku sementara rangkaian televisyen NHK memetik agensi suruhanjaya berkenaan sebagai berkata, tiub logam yang mengandungi bahan api uranium mungkin sudah cair.
Sistem penyejukan loji terbabit rosak akibat gempa bumi besar yang melanda wilayah berkenaan 24 jam sebelum itu, memaksa pihak berkuasa bergegas memulihkan keadaan dan memindahkan lebih 45,000 penduduk yang mendiami lingkungan 10 kilometer.
Beribu-ribu lagi turut dipindahkan dari kawasan berhampiran loji kedua, Fuku- shima No 2, yang turut mengalami kerosakan pada sistem penyejukannya.
Sebahagian daripada rod nuklear dikatakan terdedah untuk seketika semalam selepas paras air penyejuk menurun dan sebuah kereta bomba terpaksa digunakan untuk mengepam air masuk ke dalam reaktor.
Pegawai Suruhanjaya Keselamatan Nuklear, Ryohei Shiomi berkata, penduduk yang berada di luar sekitar 10 kilometer dari loji itu tidak akan terjejas jika letupan berlaku.
Kebanyakan 51,000 penduduk yang tinggal di kawasan bahaya sudah dipindahkan. 

~kapal selam negara~

Kapal Selam Negara, KD Tunku Abdul Rahman Dan KD Tun Abdul Razak - Kos Selenggara RM50 Juta Setahun


 Kos penyelenggaraan dua kapal selam negara, iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak, yang dikendalikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia dianggarkan RM50 juta setahun, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad. 
Katanya kos itu meliputi perkhidmatan sokongan serta logistik kedua-dua kapal selam jenis Scorpene itu dan tidak melibatkan kos alat ganti. 
Kontrak penyelenggaraan kedua-dua aset strategik negara itu, telah dianugerahkan dan dilaksanakan oleh syarikat usaha sama tempatan dengan pembuat Scorpene iaitu Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd. 
Kontrak antara kerajaan dan syarikat penyelenggaraan itu meliputi perjanjian selama enam tahun. 
Penyelenggaraan (setiap satu kapal selam) bernilai RM25 juta setahun itu untuk pastikan kita (negara) sebagai pengguna aset itu boleh menggunakan aset itu pada bila-bila masa. 
Malaysia menempah dua kapal selam baru jenis Scorpene dengan kos pembelian berjumlah RM3.4 bilion pada 2002 yang dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan Navantia, syarikat pembuat kapal selam dari Sepanyol. 
KD Tunku Abdul Rahman tiba di perairan Malaysia pada September 2009 dari Perancis manakala kapal selam kedua negara, KD Tun Razak tiba di pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di Teluk Sepanggar, Sabah pada Julai, 2010. 



virus adenovirus

Adenovirus Jangkiti Pula Pelatih 'Pusasda' Port Dickson


Para pelatih tentera menjalani pemeriksaan Di Pusat Latihan Asas Tentera Darat, Port Dickson

 Kementerian Pertahanan semalam mengesahkan beberapa pelatih konstabel polis di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di Teluk Kemang pula disyaki dijangkiti tiga virus berlainan iaitu Adenovirus,Influenza A (H1N1) dan Leptospirosis.
Seramai 10 pelatih di Pusat Latihan Polis Port Dickson yang menjalani latihan di Pusasda itu disyaki dijangkiti virus berkenaan.
Daripada jumlah itu seramai tiga pelatih konstabel polis disahkan positif dijangkiti Adenovirus, seorang positif Leptospirosis dan empat lagi pelatih positif H1N1.
Lima orang lagi perajurit muda tentera pula mengalami demam kerana suhu badan melebihi suhu 38 darjah celcius.
Wabak terbabit mula dikesan pada 30 Mac lalu apabila seramai 38 orang pelatih di pusat latihan itu jatuh sakit sebelum dirujuk ke Hospital Port Dickson (HPD).
Semua mereka yang disyaki dijangkiti virus berkenaan kini dirawat di HPD manakala para pelatih yang menunjukkan tanda-tanda dijangkiti pula diasingkan di satu blok khas.
 Ekoran masalah virus itu, para pelatih di pusat latihan berkenaan diberi cuti selama tiga hari bermula semalam manakala latihan untuk pelatih perajurit muda diteruskan.

hentian pudu raya berwajah baru





Hentian Puduraya beroperasi semula setelah hampir 14 bulan ditutup untuk kerja-kerja naik taraf memaparkan pelbagai kemudahan kepada orang ramai.
Kini tiada lagi asap bas yang menyesakkan nafas dan bahang yang memerah peluh.
Hentian itu kini dilengkapi sistem pendingin hawa di setiap lokasi, surau yang lebih besar serta menampilkan persekitaran yang lebih ceria.
Kemudahan lain ialah ialah bilangan kerusi dan tandas yang lebih banyak, kemudahan lif, eskalator serta skrin paparan maklumat di kesemua bangunan empat tingkat itu bagaikan balai berlepas di lapangan terbang.
Selain itu, pelbagai kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) juga disediakan.
Berdasarkan Laporan Kerja-Kerja Naik Taraf Dan Penambahbaikan Hentian Puduraya oleh Uda Holdings Berhad, Hentian Puduraya menyediakan sebanyak 1,914 buah kerusi dan 20 buah platform bas.
Ia turut mempunyai sebanyak 87 unit tandas termasuk yang dibina khusus untuk OKU selain kemudahan lif dan eskalator bagi memudahkan pergerakan orang ramai.
Dua pusat kaunter maklumat dan sebanyak 22 skrin paparan maklumat di beberapa lokasi strategik juga disediakan.
Bagi memastikannya mesra pengguna, bangunan itu turut menyediakan kemudahan untuk menukar lampin bayi, surau yang boleh menunaikan solat Jumaat serta ruangan khas untuk perokok.


~jerebu???~

Jerebu Malaysia Akibat Dari Negara Jiran Indonesia



Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan berkata, imej satelit NOAA-18 pada 11 Mei lalu juga menunjukkan angin bertiup dari arah barat daya iaitu dari kawasan-kawasan titik panas di wilayah Riau, wilayah Sumatera
“Orang ramai terus dinasihatkan supaya tidak melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka. Orang ramai juga diminta bekerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan juga melaporkan kes-kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727,” kata kenyataan itu.

bir halal?

Bir Halal. di mana kewajarannya..


 Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak meminum sejenis bir yang didakwa halal oleh syarikat pengedarnya kerana didapati mengandungi alkohol melebihi had yang dibenarkan syarak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata dakwaan syarikat itu bahawa kandungan alkohol cuma 0.01 peratus adalah tidak benar selepas ujian makmal mendapati kandungannya sebanyak 0.5 peratus. Katanya Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) bersama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri akan bertindak menyekat penjualan minuman itu kepada umat Islam. “Kita akan merujuk kepada Jabatan Kastam diRaja Malaysia (KDRM) untuk mendapatkan maklumat lebih jelas,” kata Jamil Khir kepada pemberita. Akhbar semalam melaporkan mengenai penjualan ‘bir halal’ di pasaran yang semakin popular di kalangan umat Islam dan dikesan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) baru-baru ini. Akhbar berbahasa Melayu yang memetik satu sumber berkata, JAIJ mengambil contoh minuman itu untuk diuji di makmal dan hasilnya mendapati bir tersebut dihasilkan dari pelbagai perisa buah-buahan mengandungi 0.5 peratus alkohol. JAIJ kemudian memaklumkan kepada JAKIM dan KDRM supaya mengambil tindakan sewajarnya termasuk menghentikan penjualannya jika perlu. Akhbar itu turut memetik Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsuddin sebagai berkata bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus. Katanya ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semulajadi. Minuman yang diimport dari sebuah negara Islam di Timur Tengah itu banyak terdapat di kafe-kafe di negara ini yang dijual antara RM3 hingga RM5 sebotol. “Dalam keadaan tidak pasti, saya ingin menasihatkan umat Islam berhenti meminum minuman itu supaya tidak terperangkap dalam situasi yang mengelirukan,” kata Jamil Khir…..

Kenapa ada istilah 'bir halal', lebih-lebih lagi dalam umat Islam. Kita dari kecil lagi telah diajar dan dididik bahawa apabila disebut 'bir' tentu diketahui haram untuk diminum. Oleh itu biarlah bir itu tetap haram supaya tidak mengelirukan umat Islam.

kenaikan harga astro

Boikot Astro jika tidak turunkan caj


Syarikat televisyen satelit berbayar, Astro diberi kata dua untuk mengkaji semula kenaikan harga langganannya atau berdepan dengan tindakan boikot secara besar-besaran oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, selain Astro, pihaknya juga bersedia melancarkan boikot terhadap penaja dan syarikat pengiklan dengan syarikat televisyen tersebut.
"Tindakan Astro menaikkan kadar bayaran langganan sehingga RM15 sebulan adalah tidak wajar kerana syarikat itu telah mendapat keuntungan menjangkau RM831 juta setahun.
"Sebanyak RM31 juta daripada jumlah itu merupakan hasil keuntungan daripada iklan yang disiarkan. Malah tindakan mengenakan caj sebanyak RM20 untuk menyambung perkhidmatan Astro juga tidak munasabah kerana ia tidak melibatkan sebarang kerja teknikal, mereka hanya perlu menekan satu butang sahaja," katanya pada satu sidang akhbar di sini semalam.
Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuat kuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.

Wednesday, July 6, 2011

~kek supermoist~

  • 100g Serbuk Koko *
  • 200g Gula pasir * 1 tin Susu sejat *
  • 200g Minyak Masak Sayuran*
  • 250g Susu Pekat *
  • 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
  • 150g Tepung Gandum
  • 1 hb Soda Bikarbonat
  • 1 Serbuk penaik

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Bakar selama 40-45 minit bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.*guna chocolate rice pun ok gak

Penyediaan chocolate ganache:

Bahan2:
  • 150g coklat masakan
  • 65ml krim sebat
  • 1 sudu teh mentega
Cara2:
  1. Gunakan kaedah double boiler,cairkan coklat. Kacau sehingga benar2 cair. Tambahkan whipping cream dan mentega. Padamkan api.
  2. Sejukkan seketika,(bila sejuk sedikit ganache akan sedikit memekat) barulah dituangkan di atas kek coklat yang sudah disejukkan sepenuhnya.

gulai ikan nyok-nyok lagi..

yuuhuuu..salam 1malaysia..ni adelah menu gulai lagi tapi ini ikan nyuk2 putih ari tu gulai ikan nyuk2 hitam..suami ayu kate ikan nyuk2 hitam sedap sikit isinya..ayu bantai je makan hahaha


sekian ..resepinya serupa yang di atas..

~air kordial kurma~

~assalamualaikum~

~assam pedas ikan kembong ~

~assalamualaikum~


Bahan-bahan ( 4 orang makan )

  • 6 ekor ikan kembong-siang&basuh
  • 4 ulas bawang kecil-tumbuk*
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk*
  • Halia sedikit-tumbuk*
  • 3 sudu besar lada kisar
  • Air asam jawa
  • Kunyit&garam sedikit
  • Minyak masak&air
  • 6-10 batang bendi

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan2 *.
  2. Masukkan lada kisar,tumis hingga lada masak&naik minyak.
  3. Masukkan garam,kunyit&air asam jawa sedikt.
  4. Setelah mendidih&naik minyak,masukkan sedikit air acup2 ikan.
  5. Masukkan ikan&sayur bendi..tunggu sehingga masak.
  6. Bagi penggemar belacan&bunga kantan,boleh juga disertakan bersama.