Sunday, December 9, 2012

salam,hai lama x update blog mama ni.bukan pe mama sibuk lapor diri sebagai penjawat awam.di sini mama luangkan masa sikit nk cete  lapor diri mamatempoh hari..Kami perlu lapor diri pada 28-30nov 2012 di Hotel de palma ,seksyen 19 S.Alam.











Photo: Menuggu...

kenangan bersama2 kwn bacth terakhir pertukaran dr seluruh perak.

Tapi sgt sedih kami ppm perak semua dihantar ke 5 buah negeri iaitu Kuala Lumpur,Selangor,Terengganu,Pahang dan Kelantan.Mama dapat dikepong,kl tapi Jpn adalah jpn selangor.
mama dapat SMK TAMAN EHSAN,KEPONG bahagian pendidikan khas..

Sedih sgt terpaksa berjauhan dgn suami dn ank...anak terpaksa letak dgn pengasuh(isteri kwn suami).sedih sgt2 sedih,tp ape daya ku..dugaan.ditempatkan jauh di selangor.harapanku dapat tukar secepat mungkin.kalau xdpt ke ipoh,dpt perlis/jitra/a.starpon dh syukur sgt2.Di kepong ni mama tggal di apartment aman1.tingkat 7 lagi haha.bersama ppm baru gak.kami jg th mencari roomate lg bg kurangkan km bayar.sebulan rm700 wooohh.


Monday, November 26, 2012

STORY DI MSAM 2012-SABAH


jeng..jeng..hehe ni lah syarikat yg mama kje hampir 1tahun bermula dari september 2012 sehingga ogos2012..banyak pengalaman dan ilmu yang mama dapat dlm menceburi bidang insurans ni..dari seorg yang pemalu,berat mulut kepada seorg yang berani,pandai berbicara,pandai selok belok insurans/takaful..org nk tipu berkaitan insurans ni pun dah xboleh mama dah expert wahh..gitu hehe..pengalaman yang tak dapat mama lupakan iaitu naik belon/kapal terbang pergi SABAH.Bos baskaran n miss sophie yg sungguh beriya2 mahu anak2 dibawah beliau menimba pengalaman yg baru..iaitu pergi ke MSAM di kOTA KINABALU SABAH..Memang pujilah bos mama ni,walaupun seorg india n dulu khidupan yg agak susah skrg boleh menjual produk islamic dan sudah kaya raya..di bawah ni mama ada lampirkan gambar2 semasa mama pergi kerja di sabah..bukan shoping tau hehe=)

mama sempat berposing lagi...


pieace yoo...
di atas awan

kapal terbang mula mendarat
 penginapan selama 1 week

rakan sekerja

teman baik mama


muka cuak bukan takut tp geli..
maskot champ
team kuat baskaran
my bos baskaran
baskaran n t chandaraajan,dua2 bos



itulah alkisahnyer selama mama di sabah.Bekerja sbg perunding kewangan ni sebenarnyer bole maju dan memiliki wang yg banyak dan dpt bercuti byk tempat tp utk mama banyak kekangannyer..sebabnyer mama seorg isteri dan mama perlu lebih bg komitmen pd family dulu..untuk menjadi best ejen ni kena sentiasa pergi mencari prospek disetiap pelusuk negeri.best woo.cuma dlm kerja ni ade juga hasad dengki sesama ejen dimana kalau sesorg tu yg suka megah diri suke menunjuk jadi perangai itu yg memecah belahkan sesama team..so very bad environment.Tapi apekan daya masa mama untuk bersama etiqa tidak lama kerana mama terpaksa memilih kerja kerajaan yang telah mengofferkan mama ,dimana selama ini memang dah lama mama menunggu tawaran itu so mama xmau dh menoleh kebelakang..mama terpaksa buat part time sahaja job ni.

KEINSAFAN



gambar sebagai kata perangsang dan nasihat.....


Foto









Sunday, November 25, 2012

PERTUNANGAN ALONG N K.SHINA


Cete ni,baru nk update...kalau xsilap dalam bulan march 2012.along telah bertunang dgn org pematang bongok,simpang 4 perlis .alhamdulillah selamat bertunang jg dia dgn k.shina..di bawah ni ade beberapa gambar majlis along.hantaran belah lelaki mama yang buat ehehehe..=)














Saturday, November 24, 2012

ANGAN2 MAT JENIN JE..(SET BARANG VANTAGE)

Perghhh....cantiknyer...nak tau x?sejak bila mama minat corak ala2 vantage ni?sejak kawen citarasa vantage ni membuak2.tapi dek kerana harga yang sgt mahal tambahla lg pasaran vantage dikala ini semakin meningkat jd segala benda yg bercorak vantage ni amatla mahal.jadi mama just boleh beangan2 la dulu..jadilahkan..Mama suka sgt cuci mata tgok brg2vantage ni.so dibawah ni adelah sikit vantage dari set barangan vantage..=)








ANGAN2 MAT JENIN(SET RUANG TAMU)









FAIL MEJA PPM

SKOP FUNGSI DAN TUGAS PEMBANTU PEGURUSAN MURID

Urusan Pentadbiran Kelas Prasekolah 
(a) Membantu guru mendaftar kehadiran murid-murid prasekolah setiap hari. 
(b) Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas prasekolah.
(c) Melaksanakan tugas dalam urusan surat menyurat yang berkaitan dengan prasekolah. 
(d) Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah. 
(e) Mengemaskini data dan maklumat bagi murid-murid prasekolah. 
(f) Menguruskan pendaftaran murid-murid prasekolah. 
(g) Menghubungi agensi-agensi lain atau pihak luar yang bekerjasama atau bagi mendapatkan maklumat berkaitan prasekolah. 
(h) Membantu guru membuat lawatan susulan ke rumah ibu bapa atau penjaga murid bagi murid-murid yang bermasalah. 
(i) Membantu guru dalam menguruskan akaun dan perkara yang berkaitan dengan kewangan prasekolah. 
(j) Merekodkan perbelanjaan dan sumbangan yang diterima untuk prasekolah. 

Urusan Pengajaran/Pembelajaran Murid-murid Prasekolah 
(a) Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan. 
(b) Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi meransang bimbingan dan asuhan. 
(c) Membantu mewujudkan dan merangsang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka dan menjelajah di kalangan murid-murid prasekolah. 
(d) Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid-murid prasekolah supaya bersedia untuk belajar. 
(e) Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid-murid prasekolah. 
(f) Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid-murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid berkenaan di bawah jagaannya. 
(g) Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif. 
(h) Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran prasekolah. 

Urusan Penyediaan Makanan/Mengemas/Membersih

(a) Menyedia dan menghidangkan makanan dan minuman yang bersih, berzat dan seimbang bagi murid-murid prasekolah. 
(b) Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan, peralatan dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya. 
(c) Menyedia dan mengemaskan bilik darjah dan bilik-bilik atau ruang yang lain sebelum dan selepas kelas termasuk menyapu, mengunci kelas dan menjaga kebersihan bilik darjah dan ruang-ruang lain. 
(d) Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan pengajaran di dalam kelas. 

Urusan Menjaga Hal Ehwal Murid 
(a) Melayani karenah murid-murid prasekolah dan menolong memastikan murid-murid sentiasa berkeadaan bersih. 
(b) Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri. 
(c) Menyambut kedatangan murid-murid semasa menghadiri kelas dan juga memastikan murid-murid keluar kelas dalam keadaan selamat. 
(d) Membantu murid-murid ke tandas sekiranya perlu dan membantu memerhatikan murid-murid sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih. 
(e) Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah di dalam dan di luar kelas. 
(f) Membantu mengawasi murid-murid prasekolah semasa ketiadaan guru prasekolah.

Thursday, November 22, 2012

lawak,teladan,nasihat

Hargailah pasangan anda. Ia mudah untuk dilakukan. Tak perlu beli benda mahal2. Cukuplah anda senyum & memuji setiap kebaikan yang dia lakukan. Sesekali kejutkanlah si dia dengan HADIAH kejutan yang jarang anda beri... 
Contoh : bunga + coklat :)

lawak,teladan,nasihat

Nak tahu sesuatu tak? Sakit orang yang beranak adalah seperti 20 tulang dipatahkan secara serentak. So tolong hargai mak kita :')

( betul kan Kaum Ibu :D )

Kemunculan semula

Sudah lama tak update blog ni..disebabkan kekangan  yang sangat banyak..rasanya hampir setahun .Oleh itu tibala masanya mahu berjinak-jinak balik menulis ape sahaja luahan rasa dan perasaan.Jadi semperna kemunculan baru ini blog ni akan bertukar nama .Dahulu dikenali sebagai erdayuhomemade yang berkisarkan masakan dan kehidupan dan sekarang nama diberi nafas baru iaitu De mama story yang akan berkisarkan kehidupan,pekerjaan dan perasaan..hihi.Sebenarnyer mama mulai bulan 12/2012 ni akan memulakan kerja sebagai penjawat awam ,walaupun diberi gred 17 shj tp bg mama bersyukur terhadap rezeki km sekeluarga ini dr Allah.Berharap mama dapat melakukan kerja yang diberi dgn penuh ikhlas,rajin,berdedikasi..Oleh tu segala berlaku disekolah akan mama coretkan. dlm De mama story ini yeahhh.ok lah jumpa lg bye..salam