Sunday, June 19, 2011

cucur nasi ikan bilis

~assalamualaikum~

elloooooo...apekah yang anda sediakan untuk jamuan petang??mesti berbagai kuih yang kawan2 sudah buatkan.ayu hari ini telah mencuba buat cucur nasi ikan bilis...ayu ambil resepi dari kawan2 kongsi resepi..not bad la..rasa dia memang sangat lembut.ayu makan bersama sambal sardin







cicah bersama sambal sardi yang dilenyek...




selamat mencuba

kerabu tembikai


~assalamualaikum~

hai...adakah anda peminat segala jenis kerabu???pelbagai jenis dan cara kerabu boleh disajikan..selalunya kerabu ini adalh juadah tok nenek kita ..ayu pun salah seorang peminat kerabu...ok lah ini adalah kerabu yang ayu selalu buat apabila ayu membeli buah tembikai..selepas memotong buahnya,ayu akan menggunakan isi lebihan dibawahnyer ayu akan kikiskan menggunakan sudah sehingga kekulit putihnyer jangan ambil kulit hijau dah la yer..ok la ingin resepi ada di bawah ini



kerabu tembikai

bahan-bahan
isi tembikai
bawang merahdipotong nipis dan kecil
sedikit belacan
cili api dipotong kecil
garam 

 cara-cara
isi tembikai bersama belacan,cili api,belacan,bawang merah,garam digaul sekali..

sambal sardin

~assalamualaikum~


salam mesra...apekaah menu tengah hari anda di rumah hujung minggu ini??ayu sekeluarga buat menu simple sahaja kerana mulai isnin -ahad depan kami sekeluarga akan balik kampung jadi ayu tak beli lauk pauk untuk minggu depan..jadi untuk arini ayu masakan sambal sardin ini bersama kerabu tembikai..





sambal sardin

jalan-jalan ke giant,tambun ipoh

~assalamualaikum~

 yuhuuu...salam ceria semua..tengah buat ape tu??menonton tv ker??ayu sambil berN3 sambil tonton nona..semalam ayu tak sempat buka blog kesayangan ayu ni..kerna semalam ayu bersama suami dan anak berkunjung ke giant shj2 shopping kan mata tapi dlm xde duit2 tu abis gak la duit husband ayu hahaha sory syg..semalam kami sebenarnya mahu membeli  hadiah buat anak kawan suami ayu yg baru lahir.

nama baby girl tu ..ialah HANANIA HUSNA

Selepas tu ayu sempat singgah ke farmasi guardian saje nk cari conceler utk mata /kesan parut dimuka tapi dh abis bah jenama silky girl/maybellin..alih2 mata ku tertumpu and terambil powder faundation yg terbaru bb magic compac powder ngn gincu bibir yg tukar warna bibir...ayu amik pink blossom





lepas tu kami ambil keputusan untuk makan tengahari di Mb..makan2 biase2 je sambil tengok anak main mainan di situ..mentang2 baru leh jalan ligat sangat2 dia dpt main..ke sana ke sini jenuh la nk tengok tapi mmg happy tengok gelagatnyer


ini adalah gelgat si kecik Muhammad arif darwish...=)


   



itulah gelagatnyer sekarang..bila balik rumah tertidor akibat keletihan sangat bermain dan berjalan..ok lah sampai di sana sahaja cerita jalan-jalan kami sekeluarga..bye-bye



Thursday, June 16, 2011

mee goreng mudah

hello kabere menu adalah menu yang lepas ayu baru nak masukkan sebab menu ni adalah menu yang paling mudah dan simple ayu buat hahaha..malah xberapa menarikkan tp tak pe la janji bole masuk dlm perut hihihi

bihun goreng nora elena

hai selamat malam..berentri lagi kiter..dh tido ke?ayu lom lagi..ini pagi baru sempat nk masuk juadah malam ayu bersam suami..hanya bihon goreng  nora elena untuk mengisi perut di malam hari..hahaha bihun pon nama drama yang sedang hangat di tv dan hari ni adalah episod terakhir jadi untuk ucapan perpisahan terakhir bg drama tu ayu buat bihun goreng yg diberi nama bihun goreng nora elena wahh gituu=)



bye..bye..jumpa lagi esok hari dengan juadah lain pula...



Wednesday, June 15, 2011

SAJAK : AJAIBNYA TANGAN IBU (KASIHNYA IBU)


mari kita sama2 menhayati bait sajak nukilan dari ustazah sangat menarik

AJAIBNYA TANGAN IBU
Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,...

~Jangan bersahabat dengan 5 jenis manusia~

Jaafar As-Saadiq r.a.brkata:



Jgn bshbt dgn 5jenis mnusia:


1.pmbohong krn engkau akan dibohonginya





.2.bodoh/jahil krn engkau takkan dpt apa2mnfaatdarinya tp mudharat


.3.bakhil krn dia akan mghmpakan engkau.


4.pengecut krn dia akan lari drpdmu ktk bdpn dgn sesuatu yg mnakutkan.


5.org fasiq krn dia akan mrosakkan namamu.

nasi goreng kampung

hai..selamat malam..malam ni ayu menghidangkan nasi goreng kampung untuk suami..lauk siang tadi dh abis terpaksa la i gorengkan nasi..hehehe ayat orang yang sangat rajinkan..uikk nak buat nasi goreng bukan sonang gak oii bukan sebarang nasi goreng tetapi nasi goreng yang mengandungi pelbagai khasiat..sebab dlm nasi ni ayu akan masukkan sayur,ikan bilis semua itukan sumber zat hehehe..tara daa..ini la nasi goreng kampung yg xsempat ayu hiaskan sbb perut telah berkeroncong=)

sory gambar xjelas

Tuesday, June 14, 2011

~jangan marah dr iluvislam~


Marah di dalam hati, marahlah semahunya. Kadangkala tidak mampu diungkapkan dengan kata. Bukan mudah untuk meluahkan rasa hati ini kerana terlalu ingin menjaga hati insan tercinta. Mungkin sudah terbiasa memendam perasaan. Aku lebih rela memendamkannya jauh ke dalam tasik hati daripada menimbulkan pertelingkahan dengan dia yang ku sayang.
Dalam menghentikan rasa amarah ini, aku terfikir sejenak, tidakkah perbuatan memendam rasa ini akan menjadi dendam di lain masa nanti? Aku tidak boleh marah? Apakah maksudnya marah itu? Aku keliru sendiri. Mengapa harus ada perasaan marah itu? Alangkah bahagianya jika tiada perasaan marah. Tapi keliru semula. Apakah lengkap diri kita tanpa ada perasaan marah? Adakah dunia ini akan jadi aman tanpa perasaan marah? Aku pun tertanya sendiri.
Bila diamati semula, punca pertelingkahan ini atas sebab yang agak remeh-temeh. Tapi entah bagaimana seperti ditiupkan lagi api kemarahan ini apabila kita saling ego dan tidak mahu mengalah dengan menuding jari tentang siapa salah. Pokok pangkalnya, cuma yang aku mahu adalah "bahagia", gembira sentiasa, merasa aman dan tenteram selalu. Tapi ada waktunya, perasaan insan lemah dan tidak berdaya sepertiku ini akan sentiasa berubah-ubah.Wahai insan yang sangat ku sayang dan ku cinta, maafkanlah jika aku selalu mengguris perasaan dan hatimu.
Setelah agak lama aku mendiamkan diri, akhirnya aku mendapat kesimpulannya. Dalam hidup berumah tangga, setiap pasangan harus bijak mengendalikannya. Kita harus bijak mengawal emosi marah, biarkan akal menjadi juri. Marah yang tidak terkawal bisa membinasakan diri sendiri dan membawa kepada kehancuran istana cinta yang dibina. Itulah akibatnya jika kita tidak mendahulukan sifat sabar tetapi melebihkan sifat-sifat syaitan yang dikeji oleh Allah S.W.T. Oleh itu, kita sebagai umat Islam hendaklah menjauhinya. Kita tidak akan rugi jika menahan rasa marah kerana Allah menjanjikan syurga kepada orang-orang yang sabar
Sabda Nabi S.A.W, "Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring" (Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

zaman belajar...

bismillahirahmanirrahim.....pembuka bicara,hai semua....

Sekarang jam menunjukkan pukul 1200 tengah malam,15/06/2011 jatuh pada hari rabu. Anak dan suami sudah nyenyak dibuai mimpi tapi diriku masih mahu melayari blog kesayanganku.Emmm malam ni ayu malas je nak cete pasal masakan rasa di hati mahu mencoretkan sedikit tentang peribadiku..anda mahu tahu???hehehe ade ke sape2 yang sudi membacanyer..tapi xpe lah ,ayu xkisah pun sape yang mahu membacanyer..

Kisahnyerr bermula begini wahh gituu...nama penuh ku ialah ERDAYU ROSLI, anak dari pengkongsian hidup ROSLI RAHMAT(Abahku) dengan AZIZAH DARUS(Makku).Ayu adalah anak kedua dari 5 orang adik beradik iaitu ank perempuan yang pertama dan anak yang pertama yang sudah berkahwin uppss langkah bendul org kata tp i xkisah pun statement tu..bukan ape dh jodohku datang awal kite kena terima nanti kalau ditolak entah2 umur berapalah akan ku kahwin pernah juga ku terpikirkan...ahhh itu bab akan datang ayu akan ceritakan.Sekarang yang Ayu mahu coretkan di sini adalah berkenaan diri dari kecil dulu yer..

Diriku dilahirkan di negeri Terengganu(seberang takir) wah jauh gituu ..sebenarnyer waktu itu mak ku mengikut bekerja disana almaklumlah abahku adalah seorang askar yang seringkali berpindah-randah..namun aku tidak sempat besar disana jadi aku pun memang xpandai pun cakap seleng orang terengganu tetapi...pernah juga lidahku akan mengeluarkan perkataan ikang,makang ...sampai family ku pernah mengajuk percakapanku..tapi itu cuma kebertulan sahaja hihihi

Kemudian familyku ditukarkan ke negeri9 iaitu port dickson ,di situlah bermulanya persekolahanku iaitu TADIKA SERI RUSA jauh tau sekolah tu dah masih mentah baru umo6 tahun tp sudah mula berdikari naik trak askar hehehe best tau naik trak,sape yg ayahnyer seorg askar dan polis akan merasa kenangan menaiki trak ke sekolah .betol x?emm apabila menginjak ke darjah 1 diriku bertukar ke sek keb seri rusa dekat sikit dengan rumah ..sekolah petang tau wah sungguh mengujakanku tetapi kegembiraan itu sekejap sahaja kerna kami perlu berpindah ke kuala lumpur iaitu di BANDAR KINRARA,Puchong.

Disana abah telah mendaftarkan nama di SEK.KEB SERI MEGA,sekolah atas bukit tau dan sekolah itu adalah sekolah campuran semua bangsa..fikiranku masih ingat lagi berlajar bersama2 dgn budak cina,india..best sangat sebab sekolah tu lah yang mengajar diriku untuk berlumba2 bukan ape siape yang xbersaing akan diletakkan dikelas tercorot..ingat lagi darjah 1 sebelum masuk cikgu suruh mengeje dan menjawab soalan mate tau sebab utk menentukan dikelas mana Ayu perlu dimasukkan alhamdullilah otak ku ketika tu masih fresh aku berjaya diletakkan dikelas pertama iaitu1 seroja,2seroja,3seroja tapi naik je darjah4 turun ke 4 melati kelas ke4 hati sungguh sayu..di situ diriku masih ingat lagi nama cikgu yang amat ku suka cikgu zaidi ishak,pn tan bin hee,en rustam.

wah baru sek rendah dah panjang lebarkan hihi anda mahu tau lagi??ok ok kita sambung lagi.kemudian kami terpaksa dipindahkan ke kluang,johor waj jauh nun di selatan..tapi best gak sebab dapat tinggal di rumah bangli besar ..banyak gak kenangan disitu pernah jatuh basikal dengan uda,uda disengat tebuan,kami berjalan kaki balik dari sek agama sebab abah terlupa ambil kami...mak oii jauh tau sambil menangis dulu aku seorang yang manja ngn famili maklumlah seorang je gegirl hehehe..di kluang Ayu didaftar ke SEK KEB PEREMPUAN BANDAR sekolah perempuan semua ooo..disitulah ayu bertemu dengan Nurulhuda abd wahab my bff.sehingga sekarang kami masih berhubung sampai kami dpt anak la..nanti anak kite leh jadi kawankan nasib baik lelaki dua2 kalu sorang perempuan leh kite jd biras hahaha..Dekat kluang kami sempat duduk hanya 2tahun sahaja,abah kena posting ke kedah pulak..hhaaa..disebabkan alasan itulah kami amik keputusan mahu menetap di perlis.family ku terus membuat rumah dihadapan rumah tok sebab tok bagi untuk bahagian tanah emak..

Di perlis Ayu bersekolah di sek keb kayang,perlis ..tahun diriku mengambil UPSR..alhamdullilah result agak baik dan Ayu dapat bersekolah di sek separuh asrama penuh orang kata sek bistari..iaitu SEK MEN KEB DATO'SYIEKH AHMAD..di situ Ayu tinggal diasrama dari form1-form5..memang banyak pengalaman,episod cintan cinton ,banyak kawan dan banyak cikgu yang kusayangi..antara cikgu favourite ku ialah cikgu bismalily(cikgu mate) sebab i suka mate wah gitu..result PMR mmg teramat bagus..disebabkan terlalu bangga diri ayu dengan yakin memilih kos Sains tulen biar dijiwa mmg mahu sangat nak jadi akauntan di bank ..tapi apekan daya nasi sudah jadi bubur..pemilihan itu telah memakan diri sendiri sehingga result spm agak keciwi..saat itu diriku kesal yang amat kesal kalulah masa bole berubah akan ku memilih kos akaun..entah2 sekarang sudah menjadi pegawai bank atau exec akauntan..tapi xpelah mmg bukan rezeki ku disitu..

Lalu ku membawa diri ke SEK MEN DERMA sekolah kluster untuk berubah udara dan xmau bercintan  @suka pada sesiape pon tp apekan daya org terlalu famous ade juga yang mahukan aku(hihi puji diri sendiri)tp aku tetap ngn pendirianku dan sanggup berdepan dgn si jejaka itu (kalu sanggup tunggu,tunggu ye kita capai impian dulu) .Disitu ku bertekad mahu masuk form6 untuk masuk ke universiti terus ,ape sahaja tawaran ku lepaskan, antaranya dapat tawaran dari politeknik balik pulau kos sains komputer.tapi semasa mengisi politeknik Ayu isi juga borang spa..tapi pemohonanya amat lambat..ujung f6 baru dapat interview ,Ayu tetap pergi sebab dalam hati teringin juga jadi nurse maklumlah suke tolong orang ngan suke bau ubat tp mkn ubat xsuka..emmm nak tau x??nk di jadikan cerita tinggal beberapa bulan lagi nk ambil stpm surat tawaran jadi nurse ke kolej kejururawatan jitra kuterima,namun sedikit menhampakan abah menyuruh teruskan stpm mudahan boleh masuk u ..mmm masa tu fikiranku naif sangat xpandai adakah itu perluang kerjaya..ayu sekali lagi melepaskannyer..sekarang ayu baru rasa menyesal sbb kalu ayu memilih itu sekarang sudah ada pekerjaan tetap tapi penyesalan tidak berguna lagi..think positive rezeki allah ada dimana2 kan..ada hikmah disebalik itu..

ok skrang kite xpayah sedih2 ayu teruskan cerita,setelah itu ayu ambil stpm dengan penuh harapan,akhirnya result STPM membuahkan hasil.Ayu berjaya menjejak ke menara gading ke UUM,SINTOK dalam bidang pengurusan perniagaan.ehmm sebenarnya ayu teringin sgt nk masuk upsi nk jadi cikgu tapi apekan daya nama ku tersenarai di uum..terima dgn gembira.hampir 3tahun 4bulan(praktikel) aku menjadi siswi uum..kenangan pahit manis ada disitu..memang syok gak kat uum walaupun ia di tengah2 hutan belantara hihihi sebab disitu ayu dapt mengenai rakan dari berbagai negeri..setiap semester akan bertukar bilik kuliah,pensyarah,subjek yang berlainan,asaignment yang byk dan memeningkan,makanan yang macam2,saat ekspo dan macam2 lagilah ohh ya xlupa juga Ayu bekenalan dengan suami ayu juga semasa ayu masih di uum tapi dia bukan student uum tau tapi dia student utm,kl yang telah bekerja..?????hahaha teka lah sendiri ye mcm mana ayu bole kenal dgn suami ayu yang tersayang ni hehehe

uhhhhh dasyat story moryy ayu malam ni..panjang berjela..saje ayu coretkan atas blog ni mana tau anak -anak akan membaca tentang diriku ANAK SEORANG BEKAS TENTERA. ok bye bye..bertemu di lain entri... =)





Monday, June 13, 2011

roti bersalut telur

menu pagi ahad ayu dan suami adalah roti yang disalut telur..amat senang


cara-cara
  1. telur dikacau+garam sedikit
  2. roti yang dipotong tiga segi di celup kedalam mangkuk telur tadi
  3. terus masukkan kedalam kuali yang sederhana panas dgn minyak

nugget


dek kebuntuan idea untuk memasak dan penyakit m melanda dalam diri ini ayu hanya gorengkan nugget ayam dan nugget ayam tempura...setiap bulan ayu sentiasa akan membeli makanan fastfood ini ,makanan ini khas untuk hari-hari kemalasan melanda dan jika suami ayu pergi outstation diluar jadi juadah uyuk ayu cukup la sekadar nugget bersama dengan sambal tumis hihihi..


nugget ayam tempura

nugget ayam

tetapi jikalau ayu sedikit rajin ayu suka masak nasi goreng untuk dimakan bersam dengan nugget ini,di dalam nasi goreng tu ayu bole masukkan sayuran juga ia kesihatan perlu diutamakan sayur penting dalam pemakanan kita..

nasi goreng kantan





sambal tumis

hai semua...ini adalah juadah kegemaran Ayu..jadi dalam seminggu ayu akan buat la sambal tumis.sebenarnye banyak yang bole di buat ngan sambal tumis antaranya sambal tumis ikan bilis,sambal tumis telur rebus/mata kerbau/telur pecah ,sambal tumis udang,sambal tumis sotong,dan banyak lagilah yang bole dibuat dengan sambal tumis ni..yang di atas adalah yang selalu ayu sajikan kepada suami ayu..sebenarnya sebelum ni suami ayu kurang makan sambal tumis macam geni tapi dek kawen ngan ayu kena lah mencuba dan terpaksa lah menikmati bersama hehehe wat cam ne itulah pembuka selera ayu xgitu kawan2 sekali yang pengemar sambal tumis hehehe..



sambal tumis kosong

sambal tumis ikan bilis goreng

selamat mencuba..

Saturday, June 11, 2011

cucur jagung


salam ceria kawan-kawan..ini adalah menu petang iaitu cucur jagung manis tapi dek bahan-bahan banyak xde ayu just masukkan bahan yg penting je..bagi kawan-kawan yang nk menyedapkan lagi cucur jagung ni ayu serta resepi yang lengkap ...





CUCUR JAGUNG

1 cawan isi jagung (lebih kurang satu biji jagung fresh)
1/2 cawan isi udang yg dipotong kecik
2 cawan tepung gandum
1bj telur
1 sudu teh yis
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
daun saderi ~ dihiris
daun bawang ~ dihiris
1 bj cili merah ~ dicincang
1/2 labu bawang besar ~ dicincang
3/4 cawan air
minyak utk menggoreng

1. Masukkan kesemua bahan2 kecuali air dan minyak kedalam sebuah bekas.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
3. Biarkan seketika, lebih kurang 15 - 30min atau sehingga adunan nampak naik.
4. Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak.
5. Toskan dan boleh la dihidangkan dgn sos kegemaran anda..
6. Selamat mencuba...


bubur jagung madu

hai..lama x N3...ntahla..kadang xsempat nk masukkan menu2 yang telah buat...malam ini terpanggil untuk membuka blog ini. Nak dijadikan cerita baru-baru ni Ayu buat inspeksen ke cameron highland jadi dia sempat membeli jagung madu.nak tau harganya berapa?emm harga dia 4tongkol rm10..maklumlah cuti sekolah .para peniaga selalunya akan naik harga pada waktu bergini..suami ayu beli rm20 tapi alhamdulilah dia bagi lebih 2 tongkol ..jadi dengan 10 tongkol jagung madu tersebut Ayu telah buat macam-macam juadah almaklumlah perlu habiskan jagung juga kalu di simpan lama orang kata tidak enak..jagung madu sangatla manis dan ragup bila dikunyah.menu pertama ayu buat bubur jagung special bersagu ini adalah bubur yang amat mudah dibuat...cara-caranya ada di bawah..next menu tunggu ye di n3 berikutnyer selamat mencuba....


Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 4 tongkol/batang jagung manis-diambil isinya
  • 5-6 sudu besar gula (ikut manis)
  • 1 mangkuk kecil santan pekat
  • 1- 1 1/2 mangkuk kecil air
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • 1/4sudu teh garam (optional)
  • segenggam sagu dibilas dan toskan(optional)

Cara-cara

  1. Isi jagung dibersihkan dan direbus dengan air lebih kurang 8-10 min. (jagung ni cepat masak)
  2. Kemudian masukkan gula, santan, daun pandan, garam dan sagu. Biar mendidih dan masak.
  3. fyi:- bubur ni berwarna putih. bagi mereka yg suka warna bolehlah menggunakan sagu yg berwarna yg terdapat di supermarket. Nampak menarik sikit, hehe..
selamat mencuba kawan-kawan