Monday, July 11, 2011

solat dhuha

"Ilmu tanpa Amal ibarat pohon tiada berbuah"

Dhuha Solat sunat .....

Assalamualaikum & salam sejahtera ... Post kali ni aku nak share tentang Solat Sunat Dhuha .... Solat sunat dhuha bermula kira-kira 20 minit selepas terbitnya matahari dan berakhir sebelum menjelang waktu Zohor. Sekurang-kurangnya solat dhuha ini di lakukan dua rakaat dan boleh di lakukan 4 atau 6 rakaat.

Lafaz n terindah terutama solat dhuha
"Sahaja aku solat sunat dhuha, dua rakaat tunai kerana Allah taala".
Doa selepas solat sunat dhuha
Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha itu adalah waktu dhuhaMu,
Kecantikan itu ialah kecantikanMu,
Keindahan itu ialah keindahanMu,
kekuatan itu ialah kekuatanMu,
Kekuasaan itu ialah kekuasaanMu,
dan perlindungan itu ialah perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,
Jika ada di dalam bumi, keluarkan lah,
Jika sukar, mudahkanlah,
Jika haram sucikanlah,
Jika masih jauh, dekatkanlah,
Berkat waktu dhuhaMu,
KeagunganMu, KeindahanMu, kekuatanMu, dan KekuasaanMu,
Limpahkan lah kami,
apa yang telah Engkau lmpahkan kepada hamba-hambaMu yang Soleh..
Amin ... Ya Rabba Alamia
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
'Siapa sahaja yang dapat mengerjakan solat dhuha dengan istiqamah,
akan diampuni dosanya oleh Allah,
sekalipun dosa itu seluas lautan.'
Rasulullah bersabda lagi:
'Solat dhuha itu medatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan),
dan tidak ada yang akan memelihara solat dhuha kecuali orang-orang yang bertaubat '.
SAMPAIKANLAH WALAU SATU AYAT .....

No comments:

Post a Comment