Monday, February 14, 2011

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah mereka sendiri bangun mengubah apa yang ada pada diri mereka(ar-ra'd:11)


Ayu mulakan dengan bismillahirahmanirrahim.....salam perkenalan semua terima kasih kerana sudi menjengok blog ERDAYU HOMEMADE ..Salam 2011..harap masih boleh diucapkan walaupun januari sudah melabuhkan tirai..kerna ayu mempunyai harapan dan impian di tahun baru ini..iaitu mempelajari dunia masakan dengan lebih mendalam serta menambahkan pendapatan keluarga dalam perniagaan .Ilmu perniagaan yang ayu perolehi selama 3tahun sebagai mahasiswi di UUM dapat ayu mempraktikkannyer.....Bekerja makan gaji dengan bekerja sendiri mempunyai kelebihan dan kekurangannya .Jadi sementara anak ayu yang masih kecil ini perlukan penjagaan ayu .Oleh itu,pada tahun ini ayu mahu memulakan perniagaan kecil-kecilan di rumah sahaja..moga minatku pada perniagaan ini akan membuahkan hasil...amin diharap rakan-rakan memberikan sokongan dan boleh juga memberikan komen pada masakan ayu akan datang.Dengan itu ayu dapat memperbaiki apa yang kurang. =)

Peralatan sudah dibeli oleh incit suami so ape lagi mulakan lah...caiyok caiyok caiyok!!!

No comments:

Post a Comment