Tuesday, June 14, 2011

zaman belajar...

bismillahirahmanirrahim.....pembuka bicara,hai semua....

Sekarang jam menunjukkan pukul 1200 tengah malam,15/06/2011 jatuh pada hari rabu. Anak dan suami sudah nyenyak dibuai mimpi tapi diriku masih mahu melayari blog kesayanganku.Emmm malam ni ayu malas je nak cete pasal masakan rasa di hati mahu mencoretkan sedikit tentang peribadiku..anda mahu tahu???hehehe ade ke sape2 yang sudi membacanyer..tapi xpe lah ,ayu xkisah pun sape yang mahu membacanyer..

Kisahnyerr bermula begini wahh gituu...nama penuh ku ialah ERDAYU ROSLI, anak dari pengkongsian hidup ROSLI RAHMAT(Abahku) dengan AZIZAH DARUS(Makku).Ayu adalah anak kedua dari 5 orang adik beradik iaitu ank perempuan yang pertama dan anak yang pertama yang sudah berkahwin uppss langkah bendul org kata tp i xkisah pun statement tu..bukan ape dh jodohku datang awal kite kena terima nanti kalau ditolak entah2 umur berapalah akan ku kahwin pernah juga ku terpikirkan...ahhh itu bab akan datang ayu akan ceritakan.Sekarang yang Ayu mahu coretkan di sini adalah berkenaan diri dari kecil dulu yer..

Diriku dilahirkan di negeri Terengganu(seberang takir) wah jauh gituu ..sebenarnyer waktu itu mak ku mengikut bekerja disana almaklumlah abahku adalah seorang askar yang seringkali berpindah-randah..namun aku tidak sempat besar disana jadi aku pun memang xpandai pun cakap seleng orang terengganu tetapi...pernah juga lidahku akan mengeluarkan perkataan ikang,makang ...sampai family ku pernah mengajuk percakapanku..tapi itu cuma kebertulan sahaja hihihi

Kemudian familyku ditukarkan ke negeri9 iaitu port dickson ,di situlah bermulanya persekolahanku iaitu TADIKA SERI RUSA jauh tau sekolah tu dah masih mentah baru umo6 tahun tp sudah mula berdikari naik trak askar hehehe best tau naik trak,sape yg ayahnyer seorg askar dan polis akan merasa kenangan menaiki trak ke sekolah .betol x?emm apabila menginjak ke darjah 1 diriku bertukar ke sek keb seri rusa dekat sikit dengan rumah ..sekolah petang tau wah sungguh mengujakanku tetapi kegembiraan itu sekejap sahaja kerna kami perlu berpindah ke kuala lumpur iaitu di BANDAR KINRARA,Puchong.

Disana abah telah mendaftarkan nama di SEK.KEB SERI MEGA,sekolah atas bukit tau dan sekolah itu adalah sekolah campuran semua bangsa..fikiranku masih ingat lagi berlajar bersama2 dgn budak cina,india..best sangat sebab sekolah tu lah yang mengajar diriku untuk berlumba2 bukan ape siape yang xbersaing akan diletakkan dikelas tercorot..ingat lagi darjah 1 sebelum masuk cikgu suruh mengeje dan menjawab soalan mate tau sebab utk menentukan dikelas mana Ayu perlu dimasukkan alhamdullilah otak ku ketika tu masih fresh aku berjaya diletakkan dikelas pertama iaitu1 seroja,2seroja,3seroja tapi naik je darjah4 turun ke 4 melati kelas ke4 hati sungguh sayu..di situ diriku masih ingat lagi nama cikgu yang amat ku suka cikgu zaidi ishak,pn tan bin hee,en rustam.

wah baru sek rendah dah panjang lebarkan hihi anda mahu tau lagi??ok ok kita sambung lagi.kemudian kami terpaksa dipindahkan ke kluang,johor waj jauh nun di selatan..tapi best gak sebab dapat tinggal di rumah bangli besar ..banyak gak kenangan disitu pernah jatuh basikal dengan uda,uda disengat tebuan,kami berjalan kaki balik dari sek agama sebab abah terlupa ambil kami...mak oii jauh tau sambil menangis dulu aku seorang yang manja ngn famili maklumlah seorang je gegirl hehehe..di kluang Ayu didaftar ke SEK KEB PEREMPUAN BANDAR sekolah perempuan semua ooo..disitulah ayu bertemu dengan Nurulhuda abd wahab my bff.sehingga sekarang kami masih berhubung sampai kami dpt anak la..nanti anak kite leh jadi kawankan nasib baik lelaki dua2 kalu sorang perempuan leh kite jd biras hahaha..Dekat kluang kami sempat duduk hanya 2tahun sahaja,abah kena posting ke kedah pulak..hhaaa..disebabkan alasan itulah kami amik keputusan mahu menetap di perlis.family ku terus membuat rumah dihadapan rumah tok sebab tok bagi untuk bahagian tanah emak..

Di perlis Ayu bersekolah di sek keb kayang,perlis ..tahun diriku mengambil UPSR..alhamdullilah result agak baik dan Ayu dapat bersekolah di sek separuh asrama penuh orang kata sek bistari..iaitu SEK MEN KEB DATO'SYIEKH AHMAD..di situ Ayu tinggal diasrama dari form1-form5..memang banyak pengalaman,episod cintan cinton ,banyak kawan dan banyak cikgu yang kusayangi..antara cikgu favourite ku ialah cikgu bismalily(cikgu mate) sebab i suka mate wah gitu..result PMR mmg teramat bagus..disebabkan terlalu bangga diri ayu dengan yakin memilih kos Sains tulen biar dijiwa mmg mahu sangat nak jadi akauntan di bank ..tapi apekan daya nasi sudah jadi bubur..pemilihan itu telah memakan diri sendiri sehingga result spm agak keciwi..saat itu diriku kesal yang amat kesal kalulah masa bole berubah akan ku memilih kos akaun..entah2 sekarang sudah menjadi pegawai bank atau exec akauntan..tapi xpelah mmg bukan rezeki ku disitu..

Lalu ku membawa diri ke SEK MEN DERMA sekolah kluster untuk berubah udara dan xmau bercintan  @suka pada sesiape pon tp apekan daya org terlalu famous ade juga yang mahukan aku(hihi puji diri sendiri)tp aku tetap ngn pendirianku dan sanggup berdepan dgn si jejaka itu (kalu sanggup tunggu,tunggu ye kita capai impian dulu) .Disitu ku bertekad mahu masuk form6 untuk masuk ke universiti terus ,ape sahaja tawaran ku lepaskan, antaranya dapat tawaran dari politeknik balik pulau kos sains komputer.tapi semasa mengisi politeknik Ayu isi juga borang spa..tapi pemohonanya amat lambat..ujung f6 baru dapat interview ,Ayu tetap pergi sebab dalam hati teringin juga jadi nurse maklumlah suke tolong orang ngan suke bau ubat tp mkn ubat xsuka..emmm nak tau x??nk di jadikan cerita tinggal beberapa bulan lagi nk ambil stpm surat tawaran jadi nurse ke kolej kejururawatan jitra kuterima,namun sedikit menhampakan abah menyuruh teruskan stpm mudahan boleh masuk u ..mmm masa tu fikiranku naif sangat xpandai adakah itu perluang kerjaya..ayu sekali lagi melepaskannyer..sekarang ayu baru rasa menyesal sbb kalu ayu memilih itu sekarang sudah ada pekerjaan tetap tapi penyesalan tidak berguna lagi..think positive rezeki allah ada dimana2 kan..ada hikmah disebalik itu..

ok skrang kite xpayah sedih2 ayu teruskan cerita,setelah itu ayu ambil stpm dengan penuh harapan,akhirnya result STPM membuahkan hasil.Ayu berjaya menjejak ke menara gading ke UUM,SINTOK dalam bidang pengurusan perniagaan.ehmm sebenarnya ayu teringin sgt nk masuk upsi nk jadi cikgu tapi apekan daya nama ku tersenarai di uum..terima dgn gembira.hampir 3tahun 4bulan(praktikel) aku menjadi siswi uum..kenangan pahit manis ada disitu..memang syok gak kat uum walaupun ia di tengah2 hutan belantara hihihi sebab disitu ayu dapt mengenai rakan dari berbagai negeri..setiap semester akan bertukar bilik kuliah,pensyarah,subjek yang berlainan,asaignment yang byk dan memeningkan,makanan yang macam2,saat ekspo dan macam2 lagilah ohh ya xlupa juga Ayu bekenalan dengan suami ayu juga semasa ayu masih di uum tapi dia bukan student uum tau tapi dia student utm,kl yang telah bekerja..?????hahaha teka lah sendiri ye mcm mana ayu bole kenal dgn suami ayu yang tersayang ni hehehe

uhhhhh dasyat story moryy ayu malam ni..panjang berjela..saje ayu coretkan atas blog ni mana tau anak -anak akan membaca tentang diriku ANAK SEORANG BEKAS TENTERA. ok bye bye..bertemu di lain entri... =)





No comments:

Post a Comment