Sunday, February 27, 2011

::ORDER::

HAI...

::order oleh jiran untuk di bawa ke USM

::apam dot dot filling strawberry::

salam semua bersua kembali...

::Apam dotdot...::

Sudah beberapa hari ayu tak membuka blog ayu ni dan tak sempat  juga ayu nk masukkan gambar kuih-kuih ayu.hehehe ni apam yang ayu buat ahad lepas(27hb.2.2011)..alhamdulillah sedap dimakan tambah ada berintikan strawberry..abis gak la ayu makan petang bersama suamiku dengan air teh panas..cuma saiz apam ni ayu buat besar sikit saiz acuan lompang..sebabnyer ayu tak sempat pergi cari cup kertas..oh ye.. sabtu aritu ayu pergi servey kedai menjual peralatan kek di kawasan ipoh hasil alamat yang diberi oleh member ayu chef mickeypinky..tq so much kalau tak ,tercari-cari ayu kedai di ipoh ni..

Eemm..sambung balik cete pasal apam ye..apam dot-dot ni boleh di isikan dengan berbagai perasa contohnyer coklat,bluebarry,oren dan macam-macam lagi ikut citarasa sendiri dan permintaan...begitu juga dengan corak dan warna apam boleh diwarnakan dengan warna ape pon asalkan nampak menarik dan tertarik..ok la dah panjang lebar la pulak cete pasal apam dot2 ni.nantikan apam dot2 warna lain pula hihihi =). Di bawah ni ayu sertakan resepi apam dot-dot...

Bahan:

3 biji telur sejuk-dr peti ais

275 gm tepung gandum

220 gm gula halus

150 ml susu segar

3 sudu teh baking powder

1 sudu kecil ovalette

filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasa

Pewarna

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang..
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih
4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-
5.Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..
6. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan...

Cara ayu...

1.Pukul gula, telur ovallete hingga kembang (Hingga menjadi putih)
2.Masukkan secara berselang seli tepung dan susu
3.Sambungkan dgn step 2 kat atas hingga abis..

Selamat Mencuba

Saturday, February 19, 2011

Penyakit moden - penyakit berkaitan sistem pernafasan (PBSP)

Assalamualaikum wbh

Pada 25 Jan 2007 alhamdulillah saya telah menulis artikel bertajuk Mandi malam dan minum air batu serta kesannya ke atas paru-paru. Alhamdulillah artikel ini telah banyak beredar di alam cyber dan saya telah mendapat pelbagai respons dari artikel ini.

Saya juga telah mendapat pertanyaan melalui email oleh pembaca-pembaca Laman Emjay berkenaan pelbagai penyakit lain dan tidak kurang berkenaan penyakit lelah, semput, astma dan resdung . Lelah, semput, astma dan resdung  bolehlah saya kategorikan  di bawah penyakit  berkaitan sistem pernafasan  iaitu ia melibatkan hidung,  trakea,  bronkus dan paru-paru. Penyakit selsema juga sebenarnya  penyakit yang berkaitan dengan  sistem pernafasan.

Sekiranya kita melakukan kajian statistik,  insya Allah kita akan dapati bahawa penyakit lelah, semput, astma dan resdung (penyakit berkaitan sistem pernafasan, PBSP) semakin kerap dan semakin banyak menyerang manusia. Berdasarkan data statistik ini, satu persoalan wajar sekali dikemukakan dan dijadikan iktibar mengapa PBSP ini cukup gemar menyerang manusia moden di Malaysia kini dan bukan manusia zaman dahulu atau zaman saya masih kecil.

Di dalam AlQuran Allah SWT menyebutkan bahawa setiap yang buruk ada kebaikan dan Allah ulang semula pernyataan ini untuk menggambarkan penekanan yang Allah berikan. Pernyataan ini juga membawa maksud bahawa setiap yang baik juga ada keburukannya. Pernyataan ini membawa maksud bahawa pada zaman dahulu, kehidupan adalah kuno dan ketinggalan zaman namun disebalik kesusahan ini ada kebaikannya. Kini zaman moden yang serba canggih kelihatan baik namun banyak pula keburukannya sebagaimana radio, TV dan internet telah banyak merosakkan umat manusia. Kenderaan dan kereta juga adalah kelihatan baik sekali namun ia telah banyak merosakkan alam ini dengan membebaskan banyak bahan toksik serta meningkatkan suhu bumi.

Begitulah keadaannya dan kita semua perlu sekali sedar bahawa setiap yang buruk ada baiknya dan setiap yang baik ada buruknya. Bila diuji Allah dengan sesuatu musibah, janganlah mengeluh kerana disebalik musibah ini terdapat banyak sekali kebaikan.

Kembali kepada PBSP, dalam artikel yang lalu iaitu Mandi malam dan minum air batu serta kesannya ke atas paru-paru , saya telah menyatakan bahawa tabiat mandi malam serta minum air batu merosakkan paru-paru. Air batu adalah anugerah kemajuan teknologi zaman moden yang banyak manfaatnya seperti boleh digunakan untuk mengawet makanan termasuk ikan dan daging namun di sebalik kebaikan ini ada mudharatnya kepada manusia sekiranya mereka gemar minum air batu ini.

Inilah yang ingin saya jelaskan melalui statistik mengapa zaman dahulu tidak banyak PBSP namun kini PBSP ini kelihatan sebagai penyakit yang bakal menyerang hampir setiap keluarga di Malaysia. Pernahkah pembaca Laman Emjay terfikir apakah unsur zaman moden kini yang menjadi salah satu faktor yang menyebabkan PBSP ini?

Zaman dahulu tidak ada kipas angin. Juga tidak ada peti sejuk. Selesa juga hidup saya waktu kecil dahulu walau pun tiada kipas angin jauh sekali set air condition. Namun rahmat Allah di sebalik tidak ada teknologi moden kipas angin dan peti sejuk pada waktu ini ialah tidak ada penyakit PBSP.

Kira-kira lebih 10 tahun lalu apabila arwah guru saya menceritakan kesan tidur di bawah kipas kepada satu keluarga Singapura yang ramai anak-anak termasuk ibunya menghadapi PBSP, saya sangat tersentak dengan penjelasan arwah guru namun cerita ini memangnya tidak dapat saya menafikannya. Keluarga Singapura ini diberikan Allah pelbagai PBSP kepada anak-anak serta ibunya kerana mereka mengamalkan satu tabiaat yang dikongsi sama iaitu "TIDUR DI BAWAH KIPAS YANG LAJU UNTUK SATU TEMPUH YANG LAMA".

Kira-kira tiga bulan yang lalu, satu pasangan yang alhamdulillah telah banyak belajar dari saya datang ke rumah membawa salah seorang anak kecilnya yang berusia sekitar 4 tahun. Isterinya mengadu bahawa anak lelaki ini telah demam panas lebih dari 4 hari dan apabila di bawa ke doktor, apabila anak kecil ini bernafas, paru-parunya berbunyi seperti saluran pernafasannya tersekat kerana banyak lendir. (Bunyi ini dapat didengar jelas dengan menggunakan stetoskop yang digunakan oleh doktor). Saya menyoal si ibu ini "anak kecil awak ini tidur malam bawah kipas nombor berapa?"

Si ibu menjawab ringkas "paling laju iaitu nombor 5".

Astaghfirullahal'azim!. Inilah antara pelbagai musibah dari Allah kerana ibu  bapa ini dahulunya sememangnya sangat jahil. Selepas lebih setahun ibu bapa ini memperbaiki diri (alhamdulillah banyak sekali), pelbagai rahmat Allah berikan termasuk rahmat tidak lagi sesak duit sehingga sudah mampu menabung setiap bulan. Kini Allah menambah lagi rahmatNya dengan memberikan penyakit PBSP. Allah memberikan PBSP kepada anak kecil ini agar seluruh keluarga ini diberikan rahmat yang lebih banyak lagi dengan cara mengelakkan amalan tidur malam di bawah kipas yang laju. 

2 minggu selepas itu,  si ibu datang lagi ke rumah saya dan kali ini emaknya pula sudah kena PBSP. Hujung jari tangan sudah berwarna kebiruan iaitu tanda bahawa paru-paru si ibu sudah bermasalah. Macam mana tidak bermasalah, sudah sangat lama tidur bawah kipas yang laju (speed 5) di samping kerap mandi malam dan minum air batu. 

Kini taraf hidup penduduk di Malaysia telah meningkat dan ramai antaranya kini telah mampu memasang set air condition di rumah walaupun berharga ribuan ringgit. Namun di sebalik kebaikan ini terdapat keburukan iaitu mengundang pelbagai PBSP. Baru-baru ini saya mendapat email dari pembaca Laman Emjay menceritakan anak sulung berusia lebih 3 tahun sudah kena astma dan anak yang kedua berusia 11 bulan sudah menghadapi simptom macam abangnya iaitu setiap bangun pagi lendir kahaknya pekat dan banyak. Insya Allah anak kecil 11 bulan ini bakal mengikuti jejak langkah abangnya iaitu bakal kena astma sekiranya amalan buruk ini diteruskan.
Sebaik-baik kelajuan kipas sewaktu tidur adalah speed 1. Kalau menggantikan kipas syiling dengan kipas ekzos lagi baik. Menggunakan kipas berdiri dengan mengarahkan arah angin ke syiling juga dirasakan satu usaha yang baik.

Orang di kawasan musim sejuk memang semua persekitarannya sejuk dan ini kurang mengundang masalah. Masalahnya kita di Malaysia ialah apabila masuk bilik terus sejuk dan apabila keluar bilik terus panas. Situasi ini adalah tidak normal dan ini mengundang masalah PBSP. Alhamdulillah saya serta isteri dan anak-anak sudah agak lama tidak kena demam, batuk atau selsema. Pada 21 Jun 2007 sehingga 24 Jun 2007, saya seramai 6 orang termasuk isteri dan anak-anak tinggal di Somerset Rompin dan kami tinggal selesa di villa dua bilik. Villa ini ini ada 2 living room dan satu dapor. Ada urusan fakulti. Pendek kata semua bilik dan ruang living room sentiasa sejuk dan beraircon. Memang seronok makan, minum bermain dan berehat di tepi pantai nan indah. Bermula selepas kembali ke JB pada petang Ahad, hari Isnin keesokannya, saya dah mula kena selsema dan batuk. Beberapa hari kemudian saya demam agak lama juga. Isteri dan anak-anak saya juga selsema, batuk dan demam. Begitulah penangan aircondition villa di Somerset yang sentiasa on.
Selain air batu, mandi malam dan tidur bawah kipas yang laju serta tidur dalam bilik air condition, makanan juga menyumbang kepada PBSP. Orang yang menghidap penyakit resdung adalah disebabkan amalan dan tabiat permakanan yang kurang sihat. Makanan yang menyumbang penyakit resdung selalunya adalah belacan, udang, kerang, ketam, sotong, rojak petis, cencaluk, budu dan makanan yang sewaktu dengannya . Bagi mereka yang kerap gemar makan makanan ini, berhati-hatilah.  Rojak petis dan otak udang adalah makanan yang sangat diragui. Adakah otak udang ini dibuat dari otak udang 100% ? Rojak petis pula mengandungi banyak kandungan otak udang.
Apabila dah kena PBSP, antara kaedah penting merawatnya ialah dengan mengelakkan segala pantang larangnya seperti kipas angin, air condition, air batu, mandi malam serta merokok dan kerja malam (tidur siang). Bekerja di kawasan yang banyak melakukan kerja kimpalan juga merosakkan sistem pernafasan. Bekerja di kilang yang menghasilkan printed circuit board juga merosakkan paru-paru. Seterusnya ialah dengan meminum susu lembu segar atau susu tepung fullcream. Susu lembu segar atau dalam bentuk susu tepung fullcream akan menggalakkan pengeluaran bahan asing daripada paru-paru. Sekiranya pengeluaran bahan asing samaada dalam bentuk hingus, lendir atau kahak dari sistem pernafasan ini terlalu banyak sehingga menyusahkan pernafasan, kurangkan kuantiti susu yang diambil ini. Anda semua kena trial and error untuk mengetahui kuantiti susu yang paling sesuai dimana hingus, lendir atau kahak terus dikeluarkan dari paru-paru dan anda terus mengambil susu setiap masa dan hari. Pada kebiasaannya, minum susu setengah cawan empat kali sehari adalah memadai.
Berjaga-jagalah dengan kipas angin yang laju serta aircondition serta amalan makanan yang tidak baik disamping air batu, mandi malam dan yang kena kerja shift malam tidak ketinggalan juga menghisap rokok. PBSP menghampiri anda.

Sekian wassalam wallahualam

Apam Salju....

Salam ceria semua..malam2 begini ayu baru sempat membuka blog maklumlah ank ayu bukan boleh tengok mama dia buka laptop dia pun nak chat same..Emm..ni ada cerite sikit petang tadi ayu mahu membuat apam mekar tapi di sebabkan ada tetamu istimewa dtg gaya mixer ayu jadi kelam-kabut sikit jadi apam mekar telah menjadi apam salju namun rasenyer tidaklah mengecewakan..maklumlah orang baru belajar membuat kuih namun jgn putus asa kite akan cuba lagi membuat apam mekar ia..nantikan apam mekar ayu =)..okey dibawah ni ada gambar apam salju yang cun melecun(warna garang) hehe terover pulak masukkan pewarna...menarik juga bukan??
::apam  yang belum di taburkan parutan kelapa::

::taara...ni lah apam saljuku...::

Tips dari rakan blog untuk membuat apam mekar: 

1. pastikn adunan dipukul dgn kelajuan tinggi hingga berubah warne dan pekat dan kukus adunan dgn api yg kuat, tk perlu lama2...insyaAllah kueh akan mekar dn lembut.. 

2.  yg tak mekar sebab tk dialas papercup...klu gunakanmangkuk muffin...lebih cantik jika menggunakan mangkuk muffin size S...

3. pastikan penutup kukusan dibalut kain utk mengelak air wap drp menitik...
Sekian.....

PETUA OH PETUA

USUMBER NI SAYA PETIK DARI ALKIRAM.NET .. SHARE UNTUK PANDUAN BERSAMA www.alkiram.net

TIPS MEMBUAT KEK

1) Bila sudah mendapat resipi yang ingin dicuba, baca dan fahamkan bahan-bahan yang ada dalam resipi dan juga peraturannya. Jika ada bahan atau peraturan yang tidak faham, bertanya pada yang arif.
2) Buat nota sendiri dalam resipi tersebut. Sewaktu hendak mula membuat Kek tersebut, keluarkan cawan sukatan, timbang, pemukul telur, mixer atau bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek tersebut. Dan juga sediakan bahan-bahan yang hendak digunakan. Ini untuk memudahkan anda menyukat dan juga supaya tidak lupa/ tertinggal bahan sewaktu mula mengadun kek.
3) Bahan-bahan kering seperti tepung gandum, baking powder, baking soda, garam hendaklah diayak bersama. Kek akan lebih gebu dan ringan bila menggunakan tepung yang telah diayak dan juga sewaktu mengayak tepung bersama baking powder/ baking soda ia dapat menghasilkan tepung yang serata dengan baking powder dan baking soda berbanding dengan kita menggaulkan begitu dengan tangan. Pernah terjadi Diana tidak ada masa untuk mengayak tepung dan hasilnya kek yang menggunakan bicarbonate of soda tidak serata dan rasa pahit soda pada sesetengah bahagian.
4) Ikut peraturan resipi satu persatu, dan sewaktu masukkan tepung sebaiknya menggunakan spatula dan kaup balikkan adunan dengan satu arah pusingan sehingga sebati. Jangan terlalu menggaul adunan tepung kerana ia akan menghasilkan kek yang agak mampat dan tidak gebu, cukup sekadar tepung sebati dengan adunan mentega.
5) Loyang perlulah dilenser dan disalutkan tepung supaya kek lebih mudah dikeluarkan selepas membakar. Dan ketuhar harus dipanaskan terlebih dahulu. Jika ketuhar anda adalah jenis yang cepat panas, turunkan suhu sedikit dari suhu apa yang tertera diresipi (contoh resipi suruh bakar 180 darjah C, gunakan 160 atau 170 darjah C), ini untuk menggelakkan kek merekah kerana suhu yang tinggi akan menyebabkan kek merekah.
6) Apabila menggunakan lidi untuk mengguji jika kek telah masak.Cucuk dan lihat jika masih ada cebisan kek yang melekat di kek bermakna ia masih belum masak, bakar sehingga lidi penguji bersih dan itu tandanya kek telah pun masak.
7) Bila kek sudah masak keluarkan dari oven dan biarkan ia sejuk seketika sebelum dikeluarkan dari loyang.
[Image] Jika kek itu perlu dikukus, panaskan air kukusan terlebih dahulu dan sebaiknya balut tutup kukusan dengan kain bersih supaya wap tidak akan menitis diatas kek. Atau juga boleh tutup loyang kek dengan aluminium foil.
9) Kek yang dibakar atau dikukus sebaik-baiknya jangan dibuka pintu oven atau tutup kukusan pada 45 minit pertama ia dibakar atau dikukus. Ini supaya anda dapat menghasilkan kek yang lembut dan gebu.
Sila tips yang tidak seberapa ini dapat membantu anda untuk menghasilkan kek yang diidamkan.
Cara untuk mengenal kek yang telah dihasilkan dengan sempurna adalah bukan sahaja dengan paras rupa kek tersebut yang menawan tetapi juga hendaklah anda rasa kek tersebut. Jika rupa menawan dan rasa pun sedap, itulah kek yang telah dihasilkan dengan sempurna.

PETUA MEMBUAT KEK, KUEH DAN BISKUT

1) Semua bahan hendaklah berada pada suhu bilik. Jangan guna mentega yang cair atau terlalu lembut.
2) Pukul mentega dengan kelajuan perlahan terlebih dahulu sebelum menambahkan kelajuan. Anda boleh pukul dengan menggunakan tangan tetapi mengambil masa yang lama.
3) Semua bahan yang hendak disukat dengan cawan atau sudu perlulah dilosekan terlebih dahulu (losely pack) . Jangan padatkan atau tekankan kedalam bekas pengukur. Gunakan bahan ukuran yang dijual dikedai kek. Kesemua bahan hendaklah benar-benar level walaupun ukuran yang menggunakan sudu.
4) Bagi mengukur bahan cecair seperti susu. Letakkan cawan pengukur ditempat yang rata.
5) Panaskan oven kepada suhu yang dikehendaki terlebih dahulu sebelum membakar kek.
6) Jangan buka penutup oven sehingga 2/3 dari jumlah masa yang ditetapkan. Misalnya kek perlu dimasak dalam masa sejam. Anda hanya boleh membuka penutup oven selepas 40 minit kek dibakar. Jangan buka terlalu kerap, Jika tidak kek anda akan bantat atau keras.
7) Untuk menguji samada kek anda telah masak. Cucuk dengan lidi atau pisau kecil dibahagian tengah-tengah kek. Jika lidi atau pisau masih basah, ertinya kek anda belum masak. Tambahkan masa.
[Image] Pastikan semua bekas yang hendak digunakan benar-benar besih dan kering terutama jika hendak memukul mentega dengan gula atau hendak memukul putih telur.
9) Jangan pukul terlalu lama selepas memasukkan tepung atau bahan-bahan akhir.
10) Gunakan bekas yang sesuai untuk jenis kek yang berbeza untuk memudahkan anda mengeluarkan kek selepas masak. Seperti kek keju, brownie, slices.
11) Jangan sapu icing atau topping ketika kek masih panas.

TEPUNG DAN SERBUK PENAIK
Jika ketiadaan tepung berserbuk penaik (tepung naik sendiri), tambahlah 2 camca teh serbuk penaik untuk setiap 225g tepung biasa. Ayak beberapa kali sebelum digunakan.

COKLAT MASAKAN
Jika ketiadaan coklat masakan, anda boleh gantikan ia dengan serbuk koko. Bagi setiap 175g coklat masakan, campurkan enam camca besar serbuk koko yang sudah diayak bersama-sama tujuh camca besar gula dan 60g lemak sayuran.Untuk mencairkan coklat didalam ketuhar gelombang mikro, letakkan 30g coklat hiris didalam mangkuk. Panaskan pada suhu 100C selama 1-2 minit atau sehingga berkilat. Keluarkan mangkuk dari ketuhar dan kacau sehingga tidak berketul.
TEPUNG JAGUNG
Biasanya kita menambahkan tepung jagung dalam adunan biskut untuk membuatkan biskut rangup. Tetapi anda juga boleh menambahkan tepung jagung kedalam kek pada kadar 20 peratus untuk menjadikan kek lebih gebu dan tidak mudah berderai.

PETUA UNTUK BISKUT
Adunan biskut hendaklah diuli dengan perlahan, jika tidak biskut tidak rangup.
Letakkan adunan biskut yang sudah diterap diatas pembakar yang sejuk. Jika tidak biskut akan terlalu mengembang.
Biskut yang terlalu keras boleh dilembutkan dengan meletakkan sekeping roti didalam bekas penyimpanannya. Tukar dengan kepingan baru setiap hari. Roti juga boleh melembutkan gula perang yang mengeras.

Friday, February 18, 2011

kek pelangi...@marble

Salam bersua kembali....ini adalah kek pelangi ada orang panggil kek marble..ia same sahaja..sebenarnyer kek ni ayu buat di kampung waktu cuti raya cina tempoh hari..tapi baru hari ini masukkan ia.Permukaan diatas agak hitam sebabnyer masa yang ayu tetapkan agak lama sikit tapi alhamdullilah isi di dalam tidak terjejas..menjadi juga kek..maklumlah orang yang menunggu ramai untuk merasa kalu xjadi malulah kome...hehe =)

::kek yang telah dipotong.... ::

::ini dah tinggal separuh...... ::
Nantikan kemunculan kek dan kuih-muih yang lain pula..SEKIAN

Thursday, February 17, 2011

SUMBER NI SAYA PETIK DARI ALKIRAM.NET .. SHARE UNTUK PANDUAN BERSAMA www.alkiram.net

TIPS MEMBUAT KEK

1) Bila sudah mendapat resipi yang ingin dicuba, baca dan fahamkan bahan-bahan yang ada dalam resipi dan juga peraturannya. Jika ada bahan atau peraturan yang tidak faham, bertanya pada yang arif.
2) Buat nota sendiri dalam resipi tersebut. Sewaktu hendak mula membuat Kek tersebut, keluarkan cawan sukatan, timbang, pemukul telur, mixer atau bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek tersebut. Dan juga sediakan bahan-bahan yang hendak digunakan. Ini untuk memudahkan anda menyukat dan juga supaya tidak lupa/ tertinggal bahan sewaktu mula mengadun kek.
3) Bahan-bahan kering seperti tepung gandum, baking powder, baking soda, garam hendaklah diayak bersama. Kek akan lebih gebu dan ringan bila menggunakan tepung yang telah diayak dan juga sewaktu mengayak tepung bersama baking powder/ baking soda ia dapat menghasilkan tepung yang serata dengan baking powder dan baking soda berbanding dengan kita menggaulkan begitu dengan tangan. Pernah terjadi Diana tidak ada masa untuk mengayak tepung dan hasilnya kek yang menggunakan bicarbonate of soda tidak serata dan rasa pahit soda pada sesetengah bahagian.
4) Ikut peraturan resipi satu persatu, dan sewaktu masukkan tepung sebaiknya menggunakan spatula dan kaup balikkan adunan dengan satu arah pusingan sehingga sebati. Jangan terlalu menggaul adunan tepung kerana ia akan menghasilkan kek yang agak mampat dan tidak gebu, cukup sekadar tepung sebati dengan adunan mentega.
5) Loyang perlulah dilenser dan disalutkan tepung supaya kek lebih mudah dikeluarkan selepas membakar. Dan ketuhar harus dipanaskan terlebih dahulu. Jika ketuhar anda adalah jenis yang cepat panas, turunkan suhu sedikit dari suhu apa yang tertera diresipi (contoh resipi suruh bakar 180 darjah C, gunakan 160 atau 170 darjah C), ini untuk menggelakkan kek merekah kerana suhu yang tinggi akan menyebabkan kek merekah.
6) Apabila menggunakan lidi untuk mengguji jika kek telah masak.Cucuk dan lihat jika masih ada cebisan kek yang melekat di kek bermakna ia masih belum masak, bakar sehingga lidi penguji bersih dan itu tandanya kek telah pun masak.
7) Bila kek sudah masak keluarkan dari oven dan biarkan ia sejuk seketika sebelum dikeluarkan dari loyang.
8) Jika kek itu perlu dikukus, panaskan air kukusan terlebih dahulu dan sebaiknya balut tutup kukusan dengan kain bersih supaya wap tidak akan menitis diatas kek. Atau juga boleh tutup loyang kek dengan aluminium foil.
9) Kek yang dibakar atau dikukus sebaik-baiknya jangan dibuka pintu oven atau tutup kukusan pada 45 minit pertama ia dibakar atau dikukus. Ini supaya anda dapat menghasilkan kek yang lembut dan gebu.
Sila tips yang tidak seberapa ini dapat membantu anda untuk menghasilkan kek yang diidamkan.
Cara untuk mengenal kek yang telah dihasilkan dengan sempurna adalah bukan sahaja dengan paras rupa kek tersebut yang menawan tetapi juga hendaklah anda rasa kek tersebut. Jika rupa menawan dan rasa pun sedap, itulah kek yang telah dihasilkan dengan sempurna.

PETUA MEMBUAT KEK, KUEH DAN BISKUT

1) Semua bahan hendaklah berada pada suhu bilik. Jangan guna mentega yang cair atau terlalu lembut.
2) Pukul mentega dengan kelajuan perlahan terlebih dahulu sebelum menambahkan kelajuan. Anda boleh pukul dengan menggunakan tangan tetapi mengambil masa yang lama.
3) Semua bahan yang hendak disukat dengan cawan atau sudu perlulah dilosekan terlebih dahulu (losely pack) . Jangan padatkan atau tekankan kedalam bekas pengukur. Gunakan bahan ukuran yang dijual dikedai kek. Kesemua bahan hendaklah benar-benar level walaupun ukuran yang menggunakan sudu.
4) Bagi mengukur bahan cecair seperti susu. Letakkan cawan pengukur ditempat yang rata.
5) Panaskan oven kepada suhu yang dikehendaki terlebih dahulu sebelum membakar kek.
6) Jangan buka penutup oven sehingga 2/3 dari jumlah masa yang ditetapkan. Misalnya kek perlu dimasak dalam masa sejam. Anda hanya boleh membuka penutup oven selepas 40 minit kek dibakar. Jangan buka terlalu kerap, Jika tidak kek anda akan bantat atau keras.
7) Untuk menguji samada kek anda telah masak. Cucuk dengan lidi atau pisau kecil dibahagian tengah-tengah kek. Jika lidi atau pisau masih basah, ertinya kek anda belum masak. Tambahkan masa.
8) Pastikan semua bekas yang hendak digunakan benar-benar besih dan kering terutama jika hendak memukul mentega dengan gula atau hendak memukul putih telur.